Selamat Datang..

Selamat Datang Ke Blog Bekas Pelajar Ting.Enam SMK Kuala Besut (Batch Pertama 1990/91). Kami Mengalu-alukan Sebarang Cadangan Daripada Anda

PENGUMUMAN TERKINI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1439H
Maaf Zahir & Batin
Eratkah Silaturrahim

PENAFIAN

PERINGATAN: Pengendali dan ExF6SMKKB90/91 tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Thursday, September 24, 2009

Alumni Pertama ExF6SMKKB 1990/91:Kenangan 2




Cikgu Fendi juga tidak kurang dengan ucapan membakar semangat. Meskipun kehadiran tidak 100% namun kehadiran 14 orang daripada 60 orang cukup menggalakkan dalam kesibukan syawal dan komitmen lain. Diharapkan pada masa akan datang majlis seumpama ini mampu mencapai sasaran.
Beliau mengucapkan tahniah kepada yang hadir dan mengharapkan dapat menghebahkan kepada rakan-rakan lain majlis hari ini.
Tahniah kepada Jk Penganjur yang sedaya upaya menjayakan majlis ini. Tahniah.
Saya (Foto kanan) yang diberi tanggungjawab selaku Pengerusi Majlis Pertemuan Bekas Guru dan Pelajar Ting. 6 SMKKB 1990/91 mengucapkan terima kasih kepada yang sudi hadir. Majlis yang sepatutnya bermula 2.30 terpaksa ditangguhkan sehingga 4.00 petang kerana jumlah yang hadir adalah sedikit. Saya cukup resah waktu itu. Namun syukur pada Allah, usaha murni kita akhirnya direstui Ilahi kerana jumlah yang hadir bertambah daripada 8 orang semasa majlis bermula kepada 14 orang diakhir majlis. Saya sedikit lega. Namun sedikit kecewa kerana tidak mampu menyediakan juadah istimewa (tiada penaja). Insya Allah, sy mengharapkan sokongan semua untuk program tahun depan. Terima kasih pada isteri tercinta (Ayu) yang terus menyokong usaha saya dan rakan-rakan.
Terima kasih saya kepada Noraini Jamal Khan yang telah banyak membantu menyumbang idea dan tenaga.Kepada Noraini, jangan serik tau!! Kepada semua, tiada kata-kata indah melainkan syukur kerana kesudian kalian hadir ke majlis sebegini menyatukan kita setelah hampir 20 tahun terpisah. Tabirlah pada anda semua.....

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Daun Keladi