Selamat Datang..

Selamat Datang Ke Blog Bekas Pelajar Ting.Enam SMK Kuala Besut (Batch Pertama 1990/91). Kami Mengalu-alukan Sebarang Cadangan Daripada Anda

PENGUMUMAN TERKINI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1439H
Maaf Zahir & Batin
Eratkah Silaturrahim

PENAFIAN

PERINGATAN: Pengendali dan ExF6SMKKB90/91 tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Wednesday, December 19, 2018

Persediaan Menghadapi Banjir

Banjir merupakan bencana alam yang diberi perhatian oleh sebab ia mengancam kehidupan dan ekonomi penduduk negara ini. Menurut kajian oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO), banjir merupakan bencana alam yang ke tiga besar yang telah banyak mengorbankan nyawa dan kerosakan harta benda. Masalah banjir di negara ini yang disebabkan banjir musim tengkujuh dan banjir kilat akan berterusan walaupun pelbagai langkah struktur dan bukan struktur dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengurangkan kesannya. Dengan pertambahan penduduk dan pembangunan yang tertumpu di lembangan dan lurah sungai yang mudah dinaiki air kejadian banjir amat sukar dielakkan. Kekerapan banjir pula meningkat akibat perubahan guna tanah yang mana sistem saliran di kawasan rendah tidak mampu menyalirankan aliran hujan lebat dan sistem saliran yang mengalami pemendapan akibat pembangunan.
Dalam masa satu dekad yang lepas negara telah mengalami beberapa kejadian banjir besar. Walaupun luas kawasan banjir yang mengalami banjir kira-kira 29,000 km persegi atau 9% daripada keluasan negara ini, lebih 2.7 juta orang 18% daripada jumalah penduduk negara yang teralibat dengan banjir. Jumlah kerosakan akibat banjir pula ditaksirkan sebanyak RM 100 juta menurut kajian JICA pada tahun 1981. Kerajaan telah mengambil langkah-langkah yang pro aktif dalam menangani masalah bencana banjir seperti penubuhan badan penyelia, pelaksanaan projek-projek tebatan banjir, pelaksanaan langkah-langkah bukan struktur dengan tertubuhnya sistem-sistem ramalan dan amraran banjir bagi lembangan sungai-sungai utama yang sering dilanda banjir dan juga pengurusan lembangan sungai secara besepadu untuk mengurangkan kehilangan harta benda dan nyawa akibat banjir.
Sebagai orang awam, kita berperanan untuk bersiap sedia menghadapi ancaman bahaya banjir dengan bertindak lebih awal. Berikut adalah petikan Panduan Menghadapi Becana yang diterbitakan oleh Jabatan Pertahan Awam serta gambar-gambar kartun yang mudah difahami untuk dijadikan:
Sebelum Banjir
  • Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda.
  • Pastikan sistem amaran banjir, cara ianya disampaikan dan maklumat persediaan banjir tempatan.
  • Periksa lubang air samada longkang atau saluran najis. Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak melimpah masuk melaluinya.
  • Pastikan pusat pemindahan dan pusat bantuan bencana di tempat anda, buat plan dan latihan pemindahan kecemasan.
  • Sediakan Peralatan Kecemasan.
  • Pastikan seluruh ahli keluarga anda mengetahui Cara-cara Bertindak Semasa Kecemasan di rumah.
Sebelum Banjir - Semasa Tanda-Tanda Dikesan
  • Dengar pengumuman dari radio.
  • Penuhkan tong, bekas, sinki atau tab mandi dengan air bersih, semasa banjir air mungkin menjadi kotor.
  • Bawa masuk perabot atau perkakas di luar rumah.
  • Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama dalam bekas kalis air.
  • Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas.
  • Beritahu jiran anda dan bersedia untuk berpindah.
Semasa Banjir - Di Dalam Rumah
  • Dengar pengumuman dari radio.
  • Bersedia dengan peralatan kecemasan.
  • Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan.
Semasa Banjir - Di Luar Rumah
  • Pergi ke tempat yang tinggi dan selamat.
  • Elakkan dari melalui kawasan banjir, arus yang deras boleh menghanyutkan anda.
  • Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir samada dengan sampan mahupun berjalan kaki.
  • Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh.
  • Awasi kanak-kanak, jangan biarkan mereka bermain-main di longkang, sungai atau lombong.
  • Jangan minum air banjir.
Semasa Banjir - Di Dalam Kenderaan
  • Jangan terus mengharungi kawasan banjir, berpatah balik.
  • Jika kenderaan anda terhenti, kunci kenderaan anda dan tinggalkan ia, pergi ke tempat yang selamat.
Semasa Banjir - Semasa Pemindahan
  • Apabila menerima arahan, segeralah berpindah.
  • Berpindah awal sebelum air banjir meningkat atau semasa siang, ianya lebih mudah dan selamat.
  • Ikut laluan yang ditentukan, laluan singkat mungkin terhalang.
Selepas Banjir
  • Dengar pengumuman radio atau tunggu arahan pihak berkuasa, jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan atau sebelum keadaan benar-benar selamat.
  • Beri bantuan kepada jiran anda atau orang-orang yang kurang upaya (Orang tua, kanak-kanak atau orang-orang cacat).
  • Periksa rumah anda, lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan ianya mungkin tidak selamat.
  • Jangan terus memasuki rumah yang masih dibanjiri air, berhati-hati banyak bahaya-bahaya yang tersembunyi.
Selepas Banjir - Semasa Memasuki Bangunan
  • Pakai kasut.
  • Periksa kerosakan dinding, lantai, pintu dan tingkap.
  • Periksa sebarang tanda kehadiran binatang atau serangga berbisa dan merbahaya. Gunakan kayu untuk mengalihkan sebarang halangan yang bersepah dilantai rumah anda.
  • Perhatian siling dan plaster dinding yang mungkin rekah, lerai dan jatuh.
Selepas Banjir - Periksa Ancaman Bahaya
  • Periksa paip saluran gas yang mungkin pecah atau bocor.
  • Periksa wayar elektrik yang terendam dalam air.
  • Periksa peralatan elektrik yang tenggelam.
  • Periksa bahan-bahan mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk semasa banjir (Minyak tanah, petrol, disel dan sebagainya).
  • Buang bahan-bahan makanan yang terendam atau terkena air banjir termasuk makanan dalam tin.
  • Periksa kerosakan tangki septik untuk elekkan bahaya biologi.
  • Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak berkuasa.
Kredit: http://jpsweb.terengganu.gov.my/index.php/ms/infobanjir/persediaan-hadapi-banjir

Wednesday, June 13, 2018

SMKB Melakar Sejarah Di Pentas Dunia.

Masih belum terlewat untuk kami warga ExF6SMKB90/91 merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada para peserta dan juga SMKB diatas kejayaan merangkul tempat pertama dalam pertandingan bertaraf dunia Third International Conference on Human Resource Development for Nuclear Power Programmes yang berlangsung di Korea pada 28-31 Mei 2018 lalu. Kejayaan ini amat membanggakan bukan sahaja negara malahan SMKB itu sendiri. Kini SMKB mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan sekolah-sekolah lain di daerah Besut. Ia melakar satu sejarah baru buat Besut dan SMKB sekaligus. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi serta merangsangkan lagi minat dalam kalangan warga SMKB untuk meraih kejayaan demi kejayaan dalam semua bidang. Kami bangga dengan kejayaan anda! Tahniah dan syabas sekali lagi daripada kami.













Raikan Aidilfitri Dengan Penuh Ukhuwah

Segala puji-pujian kepada Allah SWT kerana dengan izinNya maka dapat kita sekali lagi menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Kini Ramadhan telah hampir ke penghujung dan akan meninggalkan kita dengan penuh pertanyaan diri-adakah kita benar-benar menghayati Ramadhan atau ia sama seperti bulan-bulan hijrah lain?. Namun, kita mengharapkan semoga ibadah berpuasa, zakat juga sedekah yang dilaksanakan disempurnakan dengan ikhlas disepanjang bulan barokah ini diterima sebagai amal ibadah disisiNya. Puasa mengajar kita erti kesenggsaraan serta keperitan mereka yang menderita tanpa makanan adalah ibadat yang mendorong serta menggerakkan seseorang ke arah tingkah laku yang baik dan terpuji di samping menjauhi segala perkara yang ditegah-Nya. 

Politik Baru Malaysia -Hari ini kita diera pentadbiran politik baharu mengharapkan agar sesuatu yang lebih baik dapat dinikmati. Perang psikologi, perang siber dan segala macam bahan kempen telah berlalu. Tumpuan kita kini kearah membawa Malaysia yang lebih baik - masa untuk berkerja. Bicara politik kita tinggalkan kepada ahli politik kerana mereka diberi mandat oleh kita untuk memimpin, memikir dan bertindak secara jujur,amanah serta berintegriti selari dengan tuntutan Islam dalam membawa Malaysia Sejahtera dan Harmoni. Jika hendak berpolitik, biarlah secara matang. Jawatan yang disandang bukan kekal abadi tetapi ia satu amanah rakyat yang perlu dilaksanakan dengan adil dan saksama. Ia akan diperhitungkan kelak.

Roh Ramadhan -Kehadiran Ramadhan sering dinantikan. Ramdhan cukup sinonim dengan lapar dan dahaga. Ia bukan sekadar dilihat pada sudut individualistik semata-mata namun lapar dan dahaga yang dilalui itu memberi kesan sejagat. Ramadhan telah mengetuk pintu hati-hati yang keras kerana kekenyangan selama 11 bulan yang membuat insan iti alpa terhadap golongan fakir, galangdangan dan sebagainya. Bulan-bulan yang ada dalam kalendar itu adalah biasa sahaja namun kehadiran Ramadhan ia menjadikan salah satu daripada bulan-bulan itu hebat. Bulan ini menghidangkan pahala berlipat kali ganda bagi setiap amalan yang dikerjakan termasuklah sedekah. Malam-malam yang kita lalui juga adalah biasa sahaja namun pada bulan ini terdapat satu bulan yang cukup istimewa. Ia adalah malam yang lebih baik daripada seribu bulan - Al Qadr. Beruntunglah mereka yang memperolehi malam tersebut.Bulan ini dikatakan bulan barokah.

Suka Duka Ramadhan -Hari-hari yang kita lalui di bulan Ramadhan tahun ini penuh dengan episod duka dan lara. Kalau dahulu kita berdoa untuk kemenangan umat islam di Palestin, Afghanistan, Chechnya dan Iraq tetapi kini koleksi album penderitaan umat Islam di tambah kepada nasib umat di Syria dan Rohingya. Semoga mereka diberikan izzah dan kemenangan keatas tentera-tentera kuffar. Moga Ramadhan yang kita lalui mengajar kita erti maqasid di dalam peta perjuangan. Perjuangan akan gagal jika hilang fiqh maqasid. Harokah lemah apabila tiada fiqh maqosid di dalam gerak amal dan gerak haraki. Kefahaman yang mendalam ini meletakkan bahawa pra-syarat kejayaan perjuangan ialah memahami maqasid perjuangan Islam. Fiqh maqasid akan menunjangi perjuangan harokah dan meletakkannya berjalan mengikut marhalah (fasa-fasa). Tiada jalan pintas untuk menang tetapi memintaskan jalan kemenangan dengan memahami maqasid perjuangan. Semoga Ramadhan benar-benar menjiwai kehidupan kita sebagai pejuang fi sabilillah.

Perbetulkan persepsi raya- Marilah kita sama-sama membentuk semula roh aidilfitri dalam kalangan anak generasi kini yang bagai 'terpesong' daripada maksud aidilfitri - bermaafan serta kunjung mengunjung mengeratkan silaturrahim. Kita faham bahawa, generasi era teknologi maklumat ini tidak boleh terpisah dengan telefon tangan hatta ketika mengunjungi rumah ke rumah  seolah-olah 'tiada rasa' roh silaturrahim - mereka sibuk melayani gajet. Mereka lebih sibuk dengan gajet daripada amalan tersebut sehingggakan mereka bagai tidak kisah siapa yang datang berkunjung. Sajian media hiburan juga menyebabkan amalan kunjung mengunjung itu makin lesu dalam budaya kita kerana anak generasi kini lebih tertarik dengan sajian hiburan daripada ziarahi sanak saudara, rakan taulan. Maka tidak hairanlah hubungan antara sanak saudara itu kurang rapat atau mesra kerana masing-masing sibuk dengan 'dunia masing-masing'. Jika hadir pun bukan kerana roh silaturrahim,tetapi 'paksa rela ibubapa'. Budaya raya kini seolah-olah bulan 'kumpul duit'. Mereka seolah-olah mengambil kesempatan syawal untuk mengumpul duit raya. Entah siapa yang 'memesongkan' konsep atau maksud sebenar Aidilfitri ini ke dalam diri mereka? - Siapa yang beri duit dengan nilai yang besar, dikira bagus berbanding nilaian kecil. Bayangkan apa perasaan seorang makcik tua yang sekadar mampu beri dalam nilaian kecil, tiba-tiba anak-anak kita cakap "RM1 jer?,jiran sebelah RM5.00". Betapa luluh hati seorang makcik mendengar ucapan anak-anak ini. Sedangkan mereka tidak tahu, betapa susahnya makcik ini kumpul duit untuk meraikan hari kemenangan ini. Suasana ini berbeza dengan generasi terdahulu yang meraikan aidilfitri dengan penuh rasa semangat kekitaan. Kita perlu perbetulkan kefahaman anak generasi kini tentang duit dan silaturrahim kerana matlamat kita dalam budaya kunjung mengunjung itu ialah bermaafan serta mengeratkan hubungan kekeluargaan -silaturrahim bukan berapa jumlah duit yang diperolehi.

Menjelang Aidilfitri ini, kami ingin mengajak warga EXF6SMKKB90/91 khususnya dan warga SMKB amnya untuk bersama-sama merubah senario negatif dalam kalangan anak generasi kita hari ini ke arah yang lebih bermanfaat - eratkan silaturrahim- tinggalkan seketika gajet-gajet itu-tinggalkan budaya main mercun. 

Kita akan mula bercuti serta ramai yang akan mula pulang ke kampung halaman masing-masing. Jaga keselamatan diri dan keluarga pada setiap masa, di mana jua kita berada. Patuhilah peraturan keselamatan yang telah ditetapkan dan berhati-hati semasa di jalan raya. Pastikan juga agar rumah serta harta benda yang ditinggalkan berada dalam keadaan selamat dan teratur.

Akhir kata, kami amat berharap agar Aidilftri 1439H/2018 ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama kita dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan penuh kemeriahan, kesyukuran dan keikhlasan. Satukan tangan, satukan hati, itulah indahnya silaturrahim. 

Salam Aidilfitri. Maaf, Zahir dan Batin.

Pemantau

Wednesday, June 21, 2017

Perutusan Aidil Fitri 1428H

Segala puji-pujian kepada Allah SWT kerana dengan izinNya maka dapat kita sekali lagi menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Kini Ramadhan telah hampir ke penghujung dan akan meninggalkan kita dengan penuh pertanyaan diri-adakah kita benar-benar menghayati Ramadhan atau ia sama seperti bulan-bulan hijrah lain?. Namun, kita mengharapkan semoga ibadah berpuasa, zakat juga sedekah yang dilaksanakan disempurnakan dengan ikhlas disepanjang bulan barokah ini diterima sebagai amal ibadah disisiNya. Puasa mengajar kita erti kesenggsaraan serta keperitan mereka yang menderita tanpa makanan adalah ibadat yang mendorong serta menggerakkan seseorang ke arah tingkah laku yang baik dan terpuji di samping menjauhi segala perkara yang ditegah-Nya. 

Hari ini kita lihat, di negara kita khususnya, bunyi mercun, meriam buluh, mainan bunga api semakin rancak apabila menjelang Syawal. Seolah-olah dentuman mercun dan letupan bunga api itu satu adat yang mesti diikuti dari generasi ke generasi setiap kali menjelang Syawal, sedangkan di negara barat, anak-anak muda Islam di sana tidak kenal pun apa itu mercun, bunga api atau meriam buluh, melainkan ketika perayaan hari kemerdekaan negara masing-masing. 

Awal-awal puasa lagi kita di sini telah dipromosikan dengan pelbagai bentuk hiburan hari raya, baik melalui media cetak mahupun media elektronik, dan lagu-lagu raya semakin kerap berkumandang di udara, sehinggakan ramai menangis bukan kerana Ramadhan akan meninggalkan kita dengan membawa bersamanya Malam Lailatul Qadr, tetapi pilu mendengar lagu Dendangan Anak Perantau di pagi raya.

Seperkara lagi yang mengalihkan usaha kita untuk memenuhi masjid semasa Ramadhan ialah kita di Malaysia ini terlalu didedahkan dengan program berbuka puasa dengan tawaran "Buffet Berbuka Puasa" di restoran ternama dan hotel bertaraf antarabangsa. Manakala umat Islam di negara barat pula lebih gemar mengadakan majlis berbuka puasa di masjid bagi mengeratkan lagi hubungan antara mereka, di samping dapat menjimatkan belanja serta memudahkan mereka menunaikan solat Tarawih.

Semoga ibadah berpuasa yang kita tahan lapar, dahaga serta perkara-perkara yang membatalkannya ini telah mencetuskan kesedaran dan keinsafan untuk kita memperbetulkan kesilapan lalu serta memperbaiki lagi kualiti serta prestasi diri. 

Marilah kita sama-sama membentuk semula roh aidilfitri dalam kalangan anak generasi kini yang bagai 'terpesong' dari maksud aidilfitri - bermaafan serta kunjung mengunjung mengeratkan silaturrahim. Generasi kini mengunjungi rumah ke rumah 'tanpa ada rasa' roh silaturrahim - mereka melihat kepada kebendaan- siapa yang beri duit dengan nilai yang besar. Ia berbeza dengan generasi terdahulu yang meraikan aidilfitri dengan penuh rasa semangat kekitaan. Kita perlu perbetulkan kefahaman anak generasi kini tentang duit dan silaturrahim kerana matlamat kita dalam budaya kunjung mengunjung itu ialah bermaafan serta mengeratkan hubungan kekeluargaan -silaturrahim bukan berapa jumlah duit yag diperolehi.

Lebih menyedihkan, kita lihat generasi hari ini lebih sibuk dengan gajet daripada amalan tersebut sehingggakan mereka bagai tidak kisah siapa yang datang berkunjung. Sajian media hiburan juga menyebabkan amalan kunjung mengunjung itu makin lesu dalam budaya kita kerana anak generasi kini lebih tertarik dengan sajian hiburan daripada ziarahi sanak saudara, rakan taulan. Maka tidak hairanlah hubungan antara sanak saudara itu kurang rapat atau mesra kerana masing-masing sibuk dengan 'dunia masing-masing'.

Menjelang Aidilfitri ini, saya ingin mengajak warga EXF6SMKKB90/91 khususnya dan warga SMKB amnya untuk bersama-sama merubah senario negatif dalam kalangan anak generasi kita hari ini ke arah yang lebih bermanfaat - eratkan silaturrahim- tinggalkan seketika gajet-gajet itu-tinggalkan budaya main mercun. 

Saya juga menyeru kepada semua untuk tingkatkan kualiti pengetahuan diri dalam mendepani cabaran dunia semasa. Sekiranya mempunyai masa lapang, sama-samalah kita membantu antara satu sama lain dan berusaha meningkatkan ilmu serta kemahiran yang berkaitan dengan tugas kita dan sentiasa muhasabah diri mengenai tugasan seharian bagi memastikan hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok jauh lebih bermakna dan cemerlang daripada hari ini.

Kita akan mula bercuti tidak lama lagi serta ramai yang akan mula pulang ke kampung halaman masing-masing. Jaga keselamatan diri dan keluarga pada setiap masa, di mana jua kita berada. Patuhilah peraturan keselamatan yang telah ditetapkan dan berhati-hati semasa di jalan raya. Pastikan juga agar rumah serta harta benda yang ditinggalkan berada dalam keadaan selamat dan teratur.

Akhir kata, saya amat berharap agar Aidilftri 14128H/2017 ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama kita dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan penuh kemeriahan, kesyukuran dan keikhlasan. Satukan tangan, satukan hati, itulah indahnya silaturrahim. 

Salam Aidilfitri. Maaf, Zahir dan Batin.

Samsul B.A
Penghulu ExF6SMKB90/91


Thursday, June 8, 2017

Tahukan anda? Minum Air Kosong Mampu Menurunkan Berat Badan.

Air kosong merupakan salah satu bahan yang tidak mempunyai kalori. Meminum air kosong tidak akan menyebabkan seseorang itu gemuk. Tetapi yang menariknya adakah anda mengetahui bahawa meminum air kosong mampu menurunkan berat badan anda tanpa anda perlu bersenam.

Kajian pada bilangan subjek yang kecil
Pada 2003, satu kajian berkenaan air kosong telah dilakukan dan kajian tersebut telah masuk ke dalam journal berprestij iaitu ‘The Journal of Clincal Endocrinology anda Metabolism’. Para saintis yang terlibat dalam kajian tersebut menemukan bahawa dengan hanya meminum air sebanyak 500ml, ia boleh menaikkan metabolisma badan sehingga 30% dalam subjek perempuan dan lelaki. Kesan kepada kadar metabolisma tersebut boleh dilihat pada 10 minit awal dan menjadi maksimum pada 30-40 minit. Kadaar metabolisma yang tinggi itu juga boleh bertahan sehingga 1 jam.

Kita mengetahui bahawa untuk mengurangkan berat badan, seseorang itu perlu meningkatkan kadar metabolisma badannya untuk membakar lemak. Dan di dalam kajian tersebut jelas menunjukkan kadar metabolisma seseorang itu meningkat apabila dia meminum air.
Kajian permulaan ini sebenarnya memberi petanda kemungkinan perangai meminum air kosong secara kerap mungkin boleh mengurangkan berat badan seseorang.

Kajian pada bilangan subjek yang lebih besar
Kajian sebelum ini dikuatkan lagi dengan keputusan kajian pada tahun 2013. Dalam kajian tersebut mereka mengambil 50 orang peserta perempuan yang obes dan mereka disuruh meminum air sebanyak 500ml untuk 3 kali sehari. Iaitu bersamaan 1500ml dalam sehari.
Kajian ini dilakukan selama 8 minggu dan keputusan kajian mendapati ianya terbukti mampu mengurangkan berat badan dan juga body mass index(BMI) seseorang

Bagaimana ia mengurangkan berat badan?
Saintis mengatakan mekanisma pengurangan berat badan ini adalah disebabkan kadar metabolisma yang meningkat selepas pengambilan air dan salah satu sistem saraf yang terlibat dalam meningkatkan kadar metabolisma adalah saraf sympathetic

Seperti yang kita tahu pengaktifan saraf sympathetic ini akan menyebabkan ‘mode’ badan berubah kepada ‘fight and flight'(berlawan atau melarikan diri). Selalunya orang yang tengah marah nak bergaduh ataupun takut dan ingin melarikan diri akan mengaktifkan sistem saraf ini. Ia akan meningkatkan kadar denyutan nadi, meningkatkan kandungan glukosa dalam darah dan akan meningkatkan penggunaan lemak untuk penghasilan tenaga.

Itulah yang terjadi setelah kita meminum air kosong, iaitu ia akan mengaktifkan minoriti saraf sympathetic dalam badan kita dan menyebabkan kadar metabolisma menjadi tinggi seterusnya menyebabkan lemak dalam badan diuraikan. Lalu berat badan pun semakin turun.

Kesimpulan:
Minum air kosong secara konsisten berserta kawalan diet seperti biasa sepatutnya sudah mampu menurunkan berat badan seseorang. Kombinasi dengan senaman yang konsisten juga akan membuatkan penurunan berat badan menjadi lebih efektif bagi seseorang.

Rujukan:
1. Boschmann M, Steiniger J, Hille U, Tank J, Adams F, Sharma AM, Klaus S, Luft FC, Jordan J. Water-induced thermogenesis. J Clin Endocrinol Metab. 2003 Dec;88(12):6015-9.
2. Vinu A. Vij and Anjali S. Joshi. Effect of ‘Water Induced Thermogenesis’ on Body Weight, Body Mass Index and Body Composition of Overweight Subjects. J Clin Diagn Res. 2013 Sep; 7(9): 1894–1896. Published online 2013 Sep 10. doi: 10.7860/JCDR/2013/5862.3344

sumber:http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35347

KPM: 23 Jun Sebagai Hari Cuti Berganti.


Kementerian Pendidikan menetapkan 23 Jun iaitu hari jumaat sebagai hari cuti berganti untuk negeri-negeri selain Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu sempena sambutan Aidilfitri ini.


Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata kesemua sekolah di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Sabah dan Sarawak perlu mengganti hari persekolahan itu pada 17 Jun ini. 
foto: sekadar hiasan.


Mahdzir berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Persatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) meminta Kementerian Pendidikan mengkaji semula hari permulaan cuti sekolah sempena sambutan Aidilfitri tahun ini bagi mengelak kesesakan jalan raya dan menjamin keselamatan warga guru dan pelajar.
Mengikut jadual asal yang dikeluarkan pihak kementerian, sekolah di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor akan mula bercuti pada 23 Jun ini (Jumaat) manakala negeri lain bermula pada 24 Jun.
Media melaporkan Presiden KGMMB, Datuk Mohd Sabri Mohd Arshad berkata kesesakan jalan raya dijangka berlaku teruk pada Sabtu kerana orang ramai mula cuti dan mahu pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Aidilfitri yang dijangka disambut pada 25 Jun (Ahad).

- Bernama

Thursday, June 1, 2017

Ramadan,masa terbaik perokok berhenti merokok


KUALA LUMPUR - Ramadan adalah masa terbaik untuk perokok berhenti merokok, khususnya bagi mereka yang beragama Islam. Ini kerana seseorang yang menjalani ibadah puasa lebih bersemangat dari segi rohani, kata pakar berhenti merokok, Swinder Jit Jag Singh. Beliau yang lebih mesra disapa sebagai Sister Swinder berkata, amalan berpuasa, iaitu tidak makan dan minum, turut memudahkan perokok untuk menghindari rokok kerana golongan ini biasanya merokok selepas makan.


“Cuma ketika selepas berbuka biasanya mereka akan merokok balik. Jadi, kali ini, saya nasihatkan pada yang nak berhenti merokok, lepas makan jangan ambil rokok, terus saja ‘lari’ pergi masjid atau surau. Sibukkan diri dengan aktiviti di masjid, ‘pray’ banyak-banyak, jadi semangat you pun akan kuat,” nasihat beliau.

Sister Swinder percaya jika seseorang itu mempunyai kekuatan untuk berpuasa, beliau turut memiliki ‘will power’ atau keazaman yang cukup untuk terus berhenti merokok.

BERHENTI SERTA MERTA

Beliau juga percaya cara terbaik untuk berhenti ialah secara serta merta atau ‘cold turkey’.

“Saya syiorkan berhenti terus, kerana berdasarkan pengalaman saya sebagai kaunselor berhenti merokok selama 23 tahun, memang cara ini lebih berjaya. Kalau cara berhenti sikit-sikit, maksudnya cuba kurangkan pengambilan rokok sedikit demi sedikit, jarang berkesan di kalangan pesakit saya,” katanya yang kini mengetuai Klinik Berhenti Merokok Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM) di Kuala Lumpur.

Menurut Sister Swinder, mereka yang cuba berhenti secara sedikit demi sedikit biasanya akan berjaya mengurangkan rokok untuk satu tempoh tertentu sahaja, tetapi kemudian pengambilan rokok mereka akan meningkat semula.
“Graf (pengambilan rokok) mereka macam ombak, turun naik, turun naik, tetapi tak pernah betul-betul berhenti. Sebab itulah siapa yang datang jumpa saya, saya akan suruh mereka berhenti serta merta. Kalau sikit-sikit begini membazir ubat,” katanya.

IKRAR

Jelasnya lagi, mereka yang datang ke klinik beliau akan dijelaskan mengenai simptom-simptom akibat berhenti merokok atau ‘withdrawal symptoms’ seperti batuk, selsema dan sakit kepala, supaya mereka dapat bersedia untuk menghadapi kesan-kesan itu.

Setelah membaca dan menandatangani ikrar berhenti merokok, mereka akan turut dibekalkan dengan ubat atau NRT (nicotine replacement treatment) dalam bentuk pelekat atau gula-gula getah.

“Mengikut pengalaman saya, kalau pada bulan Ramadan, ramai daripada mereka beritahu kita yang mereka tak perlukan ubat. Biasanya dalam bulan puasa ini semangat mereka, ‘will power’, lebih kuat, oleh sebab itu pada sesiapa yang nak berhenti merokok itu ambil peluang, berhenti sahaja sekarang!” tegasnya.

KLINIK BERHENTI MEROKOK

Menurut NSCM sekurang-kurangnya 20,000 rakyat Malaysia meninggal dunia akibat penyakit berkaitan rokok setiap tahun, seperti kanser paru-paru, 13 jenis kanser lain, penyakit jantung, darah tinggi dan diabetes.

Persatuan itu melancarkan klinik Berhenti Merokok yang pertama di ibu pejabatnya di Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur, pada Februari tahun lepas. Usaha itu bertujuan membantu rakyat Malaysia menghentikan ketagihan pada rokok dan tembakau, di samping mengurangkan kadar penyakit, khususnya kanser, dan kematian berkaitan penggunaan tembakau di negara ini. Sehingga kini klinik berkenaan telah merawat 22 perokok dengan lebih separuh daripada mereka telah berjaya berhenti merokok.

​​​​​​​Mereka yang berminat boleh menghubungi NSCM menerusi emel swinder@cancer.org.my, atau telefon 03-2698 7350. Klinik dibuka pada Selasa dan Jumaat, dari pukul 8.30 pagi hingga 3.30 petang. – BERNAMA

Terima Kasih Daun Keladi