Selamat Datang..

Selamat Datang Ke Blog Bekas Pelajar Ting.Enam SMK Kuala Besut (Batch Pertama 1990/91). Kami Mengalu-alukan Sebarang Cadangan Daripada Anda

PENGUMUMAN TERKINI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1439H
Maaf Zahir & Batin
Eratkah Silaturrahim

PENAFIAN

PERINGATAN: Pengendali dan ExF6SMKKB90/91 tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Thursday, September 24, 2009

Coretan Samsul

Assalamu'alaikum....

Ketika saya menulis artikel ini, jam menunjukkan 2.21 pagi. Syukur kerana saya dapat selesaikan masalah internet saya dan kembali berfungsi seperti biasa. Pada kesempatan ini, saya sekali lagi merakamkan jutaan terima kasih kepada anda semua yang telah sudi hadir untuk bertemu rakan sekelas yang telah hampir 20 tahun terpisah. Ada yang sempat duduk dikerusi hanya 5 minit sebelum semua meja kerusi dikemaskan. Maafkan kami kerana program kita berakhir jam 5.00...Maka tepat jam 5.00 semua peralatan dan persiapan perlu dikemaskan. Pun begitu pengorbanan masa yang diberikan oleh anda semua amat besar nilainya dalam sebuah pertemuan singkat. Belum puas rasanya untuk saya mendengar cerita anda namun apakan daya, masa tidak mengizinkan kita untuk berbicara lebih lama.
Sebenarnya bukan senang untuk kita mengumpulkan dan berkumpul sebegini ketika kita padat dengan jadual undangan hari raya, komuniti setempat dan komitmen keluarga. Namun semua itu semua kita harungi jua untuk 'melepas rindu' bertentang mata menguntum senyum mengukir bilahan bicara silam yang terpisah sekian lama kerana haluan masing-masing...berbicara tentang kisah silam lalu membibitkan rasa mesra antara kita. Ahhh...masa pulak yang singkat untuk kita terus berbicara..namun sedikit terubat 'rindu ini' bila lipatan sejarah dirungkai dan direntang didewan SMKKB meredupi cuaca panas diluar sana....
InsyaAllah, program ini ada kesinambungannya dan cerita semalam bersambung kembali. Kita sama-sama lontarkan idea bagaimana untuk kita memeraihkan lagi majlis ini dalam ertikata silaturrahim dan kekeluargaan. Kita rancang daripada sekarang..kerana semalam adalah kenangan, esok adalah kenyataan yang perlu kita galas bersama.Semalam yang penuh kelesuan, kita ceriakan hari esok....Nun dihujung jejak, masih ada sinar terpancar.........Jangan putus asa,jangan serik.....Ini bukan yang pertama dan bukan pula yang terakhir.
Ahhhh! Dah hampir 3.00 pagi rupanya....patut pun mata terasa pedih semacam. Okaylah jika ada masa kita sembang lagi....
SAMSUL,Telipot,Pasir Puteh.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Daun Keladi