(Nota:Terlebih dahulu saya mohon maaf kerana menggunakan blog SMKKB untuk memaparkan pengalaman saya untuk dikongsi dengan anda. Sepatutnya pengalaman ini dikongsi diblog saya sendiri.)
Ini adalah sebahagian daripada kerja-kerja yang saya lakukan. Arahan kerja kali ini agak mencabar dan menyeronokkan. Sepanjang tempoh saya bekerja sebagai Pem.Penyelidik di FRIM, ini merupakan projek kedua yang menyeronokkan....
Lokasi: Marang, Terengganu.6.45 pg - Bertolak dari tempat menginap di Rusila ke lokasi kerja (Kg.Selawa,Merchang)
7.00 pg - Bersarapan dikedai (depan Sek.men.Merchang)...

7.20 pg - Bertolak ke rumah pengusaha Nira Nipah. Membuat persediaan sebelum ke lokasi kerja yang terpaksa melalui kawasan lopak dan sisa daun dan tunggul nipah.
7.30 pg - Menuju ke kawasan kerja. (Orang sini panggil kawasan nipah itu "barang"). Berjalan meredah kawasan berlopak dan berair selama lebih kurang 10-15 minit.
7.40 pg - Tiba di pokok pertama. (hari pertama dah masuk kawasan untuk tanda pokok).
(sedang merasai nipah segar dilokasi kerja. 500ml. Setiap pokok mempunyai rasa yang berbeza. Ini bermakna kami perlu merasai 15 pokok. Pokok yang ini saja, saya minum satu bekas tu....yang lain setakat merasai perbezaan saja...)
(Nyamuk adalah sebahagian daripada halagan yang petlu dilalui oelh kami...biasalah tu untuk jadi penyelidik mesti tahan fizikal dan mental..)
Kerja kami belum selesai lagi..Dilapangan kerja yang dilakukan adalah menyukat jumlah nira bagi setiap pokok dan merekodkannya. Bagi setiap pengusaha, hanya 15 pokok sahaja dipilih. Untuk di sini kerjanya agak senang sebab kami hanya perlu mengambil sampel kajian sebanyak 2 kali. Pagi sekali dan petang sekali.
Balik ke tempat penginapan, kami akan membuat ujian kandungan gula bagi setiap sampel yang diambil untuk melihat pokok mana yang paling tinggi dan rendah kandungan gula dengan menggunakan alat khas.
Jika dilapangan kami telah diberi peluang untuk merasai nira, dirumah pengusaha, sekali lagi kami dijamu minum tapi kali ini diletakkan ais..Huh, sedapnya....Habis pulak 4 mug. Jadi macam kemaruk nira pulak.... Sampel yang kami bawa balik untuk ujian kandungan gula tidak dibuang namun dikumpulkan didalam gelas untuk diminum.....sedap rasanya. Original beb!!!
Kesimpulannya, pembeli yang membeli nira nipah ditepi jalan sekadar menikmati 'umphh' nira namun hakikat untuk mendapatkan satu liter nira bukanlah satu kerja yang mudah. Untuk mendapatkan hasil tersebut, pengusaha perlu kenalpasti pokok. Kemudian proses 'memujuk @asuh' mengambil masa 2-3 minggu (mengetuk tandan) itu pun bergantung pada pokok. Ada yang lebih daripada tempoh itu. Proses menunggu tandan matang lebih kurang 6 bulan, sebelum proses memujuk dan dipotong tandannya untuk dapatkan nira...untungkan pembeli, tak perlu bersusah payah.Beli dan minum.Puas!!Tidak perlu meranduk kawasan bakau, melayan hurungan nyamuk, ancaman kera yang mencuri atau merosakan 'tukea' (bekas takungan nira) dan juga ancaman manusia yang merosakkan nipah.
Terima kasih rakan setugas;Asri,Samsuri dan Rosli (Program Membaikbiak Tumbuhan) dan keluarga En.Ruslan Ngah sekeluarga yang memberi kerjasama kepada kami bagi menjayakan hasrat R&D kami.
SAMSUL B.A, Marang,Terengganu.(12.00 mlm)
No comments:
Post a Comment