Selamat Datang..

Selamat Datang Ke Blog Bekas Pelajar Ting.Enam SMK Kuala Besut (Batch Pertama 1990/91). Kami Mengalu-alukan Sebarang Cadangan Daripada Anda

PENGUMUMAN TERKINI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1439H
Maaf Zahir & Batin
Eratkah Silaturrahim

PENAFIAN

PERINGATAN: Pengendali dan ExF6SMKKB90/91 tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Monday, October 5, 2009

ISU SEMASA

Sebat

Riuh rendah bumi tercinta ini secara tiba-tiba dalam kekalutan politik yang berkecamuk. Dengan isu ekonomi yang masih hangat dibahas baik petani, mahupun pekerja buruh sampailah kepada pegawai tinggi. Entah kenapa insan bernama Kartika terus meletup namanya dipersada pentas media. Semuanya terarah membicarakan berkenaan beliau. Siapakah beliau? Artis? Mungkin saja buat gimik untuk lariskan album atau filem. Biasalah artis! Suka dengan glamour dan saja buat gimik untuk menarik perhatian para peminat beli album atau kepawagam menotnon lakonannya. Lakonan atau suara tak seberapa tapi gimik hebat. Itulah antara fahaman awal yang berlegar dikepala saya apabila dimana-mana orang berceritakan pasal beliau.
Lalu saya mengikuti perkembangan itu dan fahamlah saya yang beliau bukannya artis tetapi insan yang sedar atas kesilapan yang dilakukan. Namun apa yang merisaukan ialah terdapat beberapa komen yang tidak bijak oleh mereka yang bukan dalam bidang agama. Saya pun bukannya arif tapi saya tidaklah melalut macam sesetengah orang itu.
Persoalannya mengapakah ada insan yang kononnya islam yang cuma berlagak hero mengupas isu ini? Sehingga ada yang sanggup meminta hukuman sebat itu dikaji dan dipinda? Siapa mereka untuk berani persenda hukum Allah? Meskipun sebatan itu belum menepati kehendak syariah, namun ia menjurus kearah syariah. Saya sokong tindakan Kartika yang tegas mahu dirotan. Kalau tuan punya tubuh sendiri telah redha untuk disebab, kenapa orang lain yang pulak jadi tukang sibuk? Kalau Kartika dirotan, apakah yang merasai sakit itu mereka? Mereka yang bertindak mengikut logik akal ini tidak bersendirian dalam hal ini.Ada penyokongnya. Tahukan mereka, siapakah yang menciptakan manusia, haiwan, tumbuhan dan segala makhluk diatas mukabumi ini? Allah S.W.T.Lalu kenapakah kita berani pertikai hukum Allah? Siapakah yang lebih besar, Allah atau kita? Kalau Allah yang cipta segalanya pun berani dipertikai, sesama manusia lebih lagi. Mereka lebih utamakan hak kemanusiaan daripada hak Allah. Na'uzibillah.
Saya setuju dengan pandangan SS Dato Sri Harussani (Mufti Perak) dan Dr. Mohd. Asri (mantan mufti Perlis) dalam mengupas isu ini. Mereka mengingatkan kita tentang salah tanggapan terhadap Islam disebabkan tiada ilmu agama dan pengaruh media.
Persoalan kedua, jika hukum Allah mereka pertikai, maka bagaimana mereka solat? Apa ikrar mereka pada Allah dalam solat itu? Atau mereka Islam atas nama sahaja? Bukankah dalam solat kita telah buat Akujanji: Sesungguhnya solatku,Amal ibadatku, dan hidup dan matiku kerana Allah, Tuhan sekalian Alam.
Seharusnya mereka yang prihatin dengan Hak Kemanusiaan ini bangkit menyokong segala usaha kearah memartabatkan Islam. Bukannya menambah kecelaruan yang mengelirukan mereka yang kurang faham atau baru berjinak-jinak dengan Islam. Akhirnya Islam itu dipandang serong dan dianggap zalim. Maka berjayalah misi Yahudi dan Nasrani memecahbelah umat Islam.
Jika atas dasar hak kemanusian, kenapa isu sebat yang begitu teruja buat mereka untuk diperjuangkan. Bagaimana dengan isu pelacuran, judi, arak dan keruntuhan akhlak dan moral anak bangsa kita? Mungkin mereka ada agenda tersendiri yang mereka saja yang tahu.......
Poligami
Isu ini cukup sensitif. Saya faham dan memang faham orang perempuan cukup tidak suka apabila disebut POLIGAMI. Baik bertudung labuh atau singkat. Bertudung atau terbuka. Bertutup aurat atau tidak. Cukup alegik dengan perkataan ini. Hatta isteri saya sendiri pun begitu. Namun setelah saya terangkan berkali-kali, akhirnya dia faham hakikat sebuah kehidupan dan hukum. Pada kesempatan ini cubalah kita buka minda dan berlapang dada sejenak. Saya bukanya alim dalam bab ini namun saya cuba untuk membetulkan persepsi wanita kepada lelaki dalam isu ini dan membaiki kesilapan ucapan yang sering diperkatakan wanita. Dalam AlQuran disebut kisah seorang Nabi (?Musa a.s) dengan Bani Israel. Bagaimana apabila diperintahkan Nabi untuk menyembelih lembu kepada mereka,macam-macam persoalan dikemukakan serta alasan. Bertanyakan warna lembu, saiznya besar atau kecil dan pelbagai lagi. Sebenarnya mereka tidak mahu mengikut seperti yang diperintahkan Nabi mereka. Lalu apa beza pula dengan ucapan "abang nak nak kahwin boleh, tapi....bla..bla...(rumah, kereta, gaji, orang gaji dll). Bukankah ini juga menghina hukum?.
Poligami bukan lelaki yang minta tetapi Allah yang berikan kepada lelaki. Kenapa? Allah yang mencipta lelaki dan wanita, Allah lebih tahu daripada Wanita (dan juga lelaki itu). Pemberian ini bersyarat iaitu sekiranya tidak mampu memadai satu. Itu ayat Quran. Lalu kenapakah wanita begitu marah dengan poligami? Jawapan mudah wanita: "Nak kawin ikut sunnah Nabi, yang lain-lain ikut labi-labi". Betul, kahwin kena ikut sunnah Nabi. Tak boleh kahwin ikut labi-labi. Punah ranah sistem soial kehidupan kita.Soal tak adil itu hak lelaki tersebut dengan Allah. Jawablah dia diakhirat kelak atas ketidakadilan melaksanakan tanggungjawabnya. Kenapa yang kita suka pertikai hak itu?
Saya bimbang dan memang bimbang, penentangan wanita dalam poligami ini tanpa disedari (bimbang) tergelincir akidah, Na'uzubillah....Lebih baik sisuami itu berpoligami daripada mereka simpan tyre spare...Pengaruh media juga mungkin telah menyebabkan wanita memberikan persepsi negatif pada poligami. Tiada gambaran positif dalam poligamai yang dipaparkan.Semuanya negatif. Saya tidak bermaksud untuk kahwin satu lagi dan menggalakkan kaum sejenis saya berpoligami, cuma sekadar mengingatkan kaum wanita untuk lebih berhati-hati dalam ini kerana ia ada hubungkait dengan soal agama. Jangan cakap ikut emosi tapi cakap ikut isi. Semua hukum daripada Allah, kita sekadar melaksanakannya. Allah cipta manusia, Dia tahu kehendak dan batasan manusia. Kepada sahabat (lelaki) saya, janganlah pula cepat mencari alasan untuk tambah 'cawangan baru'. Pelajari ilmu cukup-cukup sebelum cawangan baru dibuka. Renungkan juga jasa siisteri sekarang ini yang telah pun banyak berjasa pada kita. Jangan seronok untuk tambah saja, kerana banyak cabaran dan tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan kelak dipersoalkan. Ukurlah baju dibadan sendiri. Renung-renung firman Allah :"...sekiranya tidak mampu, memadai satu"
Kesimpulannya
Berhati-hati dalam membincangkan soal agama. Dibimbangi dalam kemarahan dan keghairahan, tanpa sedar ucapan kita itu menyamai tindak tanduk bani israel atau tergelincir akidah tanpa kita sedari. Setiap sesuatu yang Allah jadikan ada maksud yang kita sendiri tidak tahu. Kita perlu belajar banyak perkara dalam hidup dan jangan mudah terpedaya dengan media semata-mata. Dengan ilmu, barulah kita berlapang dada dan terbuka luas minda kita bahawa indahnya Islam ini...yang sememengnya indah.
.....Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya.

SAMSUL B.A, Marang,Terengganu.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Daun Keladi