Selamat Datang..

Selamat Datang Ke Blog Bekas Pelajar Ting.Enam SMK Kuala Besut (Batch Pertama 1990/91). Kami Mengalu-alukan Sebarang Cadangan Daripada Anda

PENGUMUMAN TERKINI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1439H
Maaf Zahir & Batin
Eratkah Silaturrahim

PENAFIAN

PERINGATAN: Pengendali dan ExF6SMKKB90/91 tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Wednesday, October 28, 2009

MAKLUMAN

Assalamu'alaikum.


Pertama sekali, saya mohon maaf kerana seminggu dua ni agak sibuk dengan tugasan dan kerjaya.Banyak perkara yang perlu diselesaikan dalam masa yang terdekat.Tetapi entah kenapa bila buka saja laptop terus masuk blog ini. Entah apa yang mendorong hati untuk membuka blog ini. Mungkin kerana seronok tengok CBox yang masih ada pengunjung setia dan pengunjung silih ganti. Disebabkan itulah mungkin yang menyebabkan saya lupa sekajap tugasan yang perlu saya buat malam ini.


Bercerita mengenai CBox, ada beberapa pandangan dan idea supaya pertemuan tahun depan dalam dijalankan dengan penambahbaikan memandangkan pertemuan yang pertama kita mendapat maklumbalas yang begitu memberansangkan. Keseluruhan rasa tidak cukup masa untuk kita berbicara lantaran masa yang terhad dengan kekangan lain. Lantaran beberapa siri perbincangan dalam Cbox dan perbualan lisan mengenai hasrat dikalangan kita mengenai alumni EXF6SMKKB 1990/91 perlu ada kesinambungannya. Tidak hanya terhenti setakat yang pertama atau sekadar berbicara dalam CBox.


Antara intipati yang dapat saya kutip daripada perbincangan dengan rakan-rakan samada face to face dan CBox adalah kita perlu menggerakkan ahli kita secara pembahagian zon. Setiap zon perlu ada ketua. Pendekatan ini adalah bagi melicinkan gerak kerja dan kita dapat lakukan program dengan lancar. Bagi zon yang kecil ahli dan jarak perhubungan yang jauh mungkin boleh kemukakan cadangan secara bertulis atau telefon. Kita mengalu-alukan sebarang cadangan kearah menambahbaik program tahun depan.Berikut ini adalah zon-zon yang dikenalpasti:


ZonBesut:Zawahil,Norhayati,Roshasniza,Zulkifli,Mahadi,M.Rosli,Marzuki,ZukiNoh,Zaidi,Noraini JK,Nik Kamila dan Zailani,M.Latif,Siti Mariam,Anida (15 orang). **Tidak termasuk Zaleha S dan Ruzila.

Zon KL : Kamarudin,Samsul,Aswardati,Normaziah,Roziani,Kilauwati (sepang)dan M.Yusoff (N.S).(7 orang)

Zon Utara : Siti Norhaizan dan Nazli (2 orang)

Zon Selatan : Zubaidah dan Zaleha M.


Melihat kepada senarai diatas, zon Besut dan KL yang paling ramai ahlinya, maka perlulah difikirkan bagaimana untuk duduk semeja sambil bertukar idea. Bagi Zon KL saya akan cuba aturkan pertemuan namun ia bergantung kepada jadual saya yang agak ketat. Namun saya percaya tanpa saya pun program boleh dijalankan.


Dengan ini setiap ketua akan dilantik secara automatik ke Majlis Mesyuarat Kerja dan beberapa orang lain yang akan dilantik bagi mengisi AJK. bagi memudahkan program berjalan. Walaubagaimanapun kita mengamalkan semangat demokrasi dalam perlantikan JK Kerja tahun depan. InsyaAllah sekiranya apa yang dirancang ini berjalan lancar, saya bercadang untuk membawa EXF6SMKKB ini kelandasan yang lebih kedepan lagi. Sebelum ia direalisasikan, saya perlu melihat sejauhmana komitmen dan semangat kerja dikalangan kita. Maka saudara/saudarilah yang akan menentukan langkah seterusnya.


Semua perancangan akan tinggal perancangan jika kita tidak mampu bergerak dan saling harap mengharap. Percayalah, jika kita ingin melihat yang terbaik maka kita perlu bekerja. Tanpa usaha semua pihak hasrat kita sekadar tinggal atas kertas atau dalam CBox saja. Ia tidak mampu merubah sebarang keadaan dan harapan.Sekarang terserah pada saudara/saudari samada untuk bertindak atau membiarkan makluman ini begini sahaja.


Sekian dahulu untuk kali ini. Makluman seterusnya menyusul setelah ada tindakbalas semua.

Nota: idea ini adalah daripada Cikgu Yaakob yang saya kembang dan saya adunkan dengan pandangan rakan-rakan.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Daun Keladi