Selamat Datang..

Selamat Datang Ke Blog Bekas Pelajar Ting.Enam SMK Kuala Besut (Batch Pertama 1990/91). Kami Mengalu-alukan Sebarang Cadangan Daripada Anda

PENGUMUMAN TERKINI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1439H
Maaf Zahir & Batin
Eratkah Silaturrahim

PENAFIAN

PERINGATAN: Pengendali dan ExF6SMKKB90/91 tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Sunday, October 4, 2009

TERIMA KASIH

Pertama sekali saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada 'sifu' Afandi kerana berusaha untuk membina blog ini. Dalam keghairahan menyambut pertemuan sulong kita, terlupa pada insan yang telah memerah idea didalam kesesakan rutin hariannya untuk melihat segala usaha kita ini terus ada kesinambungan dan tidak terhenti setelah habis majlis- masing-masing bawa diri, tunggu tahun depan untuk sekali lagi bercerita. Tanpa usaha beliau, pasti kemeriahan dalam cbox tiada. Terima kasih atas jasa yang dicurah, pengorbanan yang diberi dan semangat guru yang tidak pernah luntur biarpun hari berganti hari.

Saya akan cuba sedaya mungkin untuk 'touch-up' blog ini untuk lebih menarik lagi. Bukan kata yang ini tidak menarik, cuma kita pula yang perlu melakukan setelah diberi/sedia kemudahan ini. Takkan Cikgu Fendi (mesra dengan nama itu, bolehkan?) dah susah payah buat blog, kita nak tinggalkan dan biarkan segalanya diurustadbir oleh beliau.

Itulah jiwa seorang guru, meskipun padat dengan rutin harian, namun masih mencari bilahan masa dalam kepayahan idea buntu dan tepu. Namun berbekalkan keilmuan pendidik yang ditapa dimenara perguruan terusan mengalir disarafnya, segala halangan itu diharungi dengan rasa senanghati. Bukan senang untuk merealisasikan hasrat berbanding menyusun bilahan kata-kata dibibir. Namun,beliau sanggup memberikan sedikit komitmen keluarga beliau untuk kita terus rasa seronok kerana selepas pertemuan singkat itu kita masih berhubung dialam maya pulak. inilah yang dikatakan kesinambungan itu terus ada.

Maka tidak sewajarnya segala yang telah disediakan asas oleh cikgu Fendi dilupakan begitu sahaja. Kita perlu sambung dan make-up agar segala usaha kita ini terus kukuh dan padu.

Maaf, saya agak sibuk dengan tugasan pejabat. Semalam (jumaat) saya ke Ladang setengahari jugaklah (itulah kerja penyelidik seprti saya) sebelum berehat sebentar untuk solat Jumata dan lepas solat Jumaat terus ke Perlis atas urusan kerja disana pulak. Sampai disana pun dah lewat malam. Sempat tidur 5 jam sahaja sebelum bertolak balik ke Kepong (sabtu). Kerana bosan dengan perjalanan, sempat tanya khabar Siti Nurhaizan. (Maaf tak sempat nak singgah Kulim sebab masa tidak mengizinkan..Lain kali) dan Zawahil...saja nak promosikan blog.....Sampai kat rumah dah pukul 8 malam, kena pulak melayan kaum kerabat yang bertandang ke rumah.
Terpaksa buka internet sebab esok ada kelas, semak jadual kelas. Barulah melayani blog.

Seronok bila baca celoteh Din dan Cikgu Fendi dalam cbox...Mereka aktif sekali.Tahniah kerana sering melayari blog.Zawahil pun dah mulai masuk. Diharapkan mereka yang lain boleh beri komen pada artikel yang dihantar atau cit-cat didalam cbox. Kami mengalukan sebarang idea dan pandangan anda.


SAMSUL B.A, Kepong

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Daun Keladi