Ramai muslimin terpedaya dengan tipuan dan kepalsuan yang ditampilkan musuh-musuh Allah, khususnya golongan Nasrani dengan hari besarnya seperti Hari Kelahiran Al-Masih yang mereka sebut 'Natal' dan Tahun Baru.
Ramai dikalangan muslimin yang menghadiri perayaan orang-orang Kristian tersebut di negeri mereka, bahkan sebahagian daripada mereka ada yang membawa tradisi keagamaan tersebut ke negara Muslim.(Semoga Allah melindungi kita daripadanya!).
Kita tidak boleh terikut-ikut dengan merayakan dua hari raya Kristian ini. Umat Muslim WAJIB menjauhinya dan mengingatkan saudara Muslimnya yang lain agar tidak terlibat dalam perayaan tersebut.
Lebih ironis lagi, tidak sedikit umat Muslimin yang ikut serta dalam perayaan-perayaan tersebut dengan alasan acara ini adalah telah menjadi amalan setiap negara seantero dunia merayakannya.
Mereka tidak faham, perayaan-perayaan tersebut adalah sebahagian daripada syiar (ibadah) agama Kristian. Ikut serta meraikannya bererti merayakan ajaran/ibadat agama Kristian. Bergembira dan bersenang-senang dengan perayaan tersebut sama ertinya bergembira dengan agama kufur, menghidupkan dan membesarkannya. Inilah yang membahayakan aqidah dan iman umat Muslim seperti yang dijlaskan agama Islam " siapa yang menyerupai suatu kaum, dia adalah sebahagian daripada kaum tersebut".
**(Hari Tahun Baru merupakan hari pertama setiap tahun dalam kalendar Gregory, yang jatuh genap seminggu selepas Hari Krismas tahun sebelumnya. Tahun baru merupakan hari suci bagi kebanyakan yang masih mengikut kalendar Julian, termasuk pengikut sesetengah gereja Ortodoks Timur, dan disambut pada 14 Januari kalendar gregory kerana perbezaan antara kedua-dua kalendar ini. Tahun Baru biasanya disambut dengan bunga api. 1 Januari menandakan berakhirnya tempoh mengingati peristiwa-peristiwa tahun yang berlalu selepas hari krismas. Secara tradisi, hari ini merupakan hari jamuan keagamaan, tetapi sejak 1900-an telah menjadi upacara keraian pada malam 31 Disember, iaitu Malam Tahun Baru. Hari Tahun Baru asalnya disambut pada 15 Mac dalam kalendar Rom lama, sebelum dibawa ke 1 Januari pada tahun 153 SM, apabila dua orang konsul Rom ketika itu, yang memberi nama mereka pada kalendar itu, dilantik pada tarikh itu atas sebab-sebab ketenteraan.
Kebanyakan negara di Eropah Barat secara rasminya menerima 1 Januari sebagai Tahun Baru lebih kurang sebelum mengamalkan kalendar Gregory. Kadang-kala ini dipanggil Gaya Sunat, kerana tarikh ini pernah dijadikan Kenduri Sunat, iaitu hari yang kelapan apabila dikira mulai 25 Disember.
Di semua negara yang menggunakan kalendar Gregory (kecuali Israel), Hari Tahun Baru ialah cuti umum)
Jelaslah bahawa daripada keterangan diatas itu, sebagai umat Islam WAJIB bagi diri sendiri, ahli keluarga dan masyarakat menyedari tipu daya musuh Islam yang tidak akan redha selama-lamanya sehinggalah ada dikalangan umat Islam mengikuti mereka sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Sepatutnya umat Islam lebih berbangga dengan hari-hari besar Islam dan tahun barunya sendiri. Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya.
(Disesuaikan daripada : Harakah,N5,Bil 1500,28-31 Dis. 2009)
Nota: ** http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Tahun_Baharu
No comments:
Post a Comment