MASA : 3.00 Petang
LOKASI : Rumah Pengetua (Tuan Hj Mahmood)
LOKASI BERKUMPUL: SHELL Seberang Jerteh. (2.30 Ptg)
Aktiviti ini adalah sebahagian daripada aktiviti EXF6SMKKB 1990/91 bermatlamatkan untuk menyambungkan silaturrahim antara guru dan pelajar. Mungkin banyak idea yang boleh dikongsikan bersama dalam pertemuan itu. InsyaAllah program seumpama ini akan diteruskan atas sokongan dan dokongan semua ahli. Program ini tidak hanya terhenti disitu sahaja; akan diteruskan lagi kerumah guru-guru dan pelajar lain secara berperingkat.
Kepada anda yang berminat untuk turut serta dalam program ini boleh hubungi Saudara Samsul (013 2914927) atau Cikgu Affandi (0139823184) sebelum atau selewat-lewatnya 12 tengahari 23 Disember 2009.
Nota : Pada 9 Disember 2009 Cikgu Affandi dan Sdr.Samsul telah berkesempatan mengunjungi salah seorang bekas pelajar Tingkatan 6 1990/91, Zirawati Mokhtar dikediamannya (Renek) sebagai permulaan program ziarah ukhwah.
No comments:
Post a Comment