Program ini adalah bertujuan menjejaki ahli EXF6SMKKB 90/91 dan sebahagian daripada usaha untuk mengeratkan hubungan antara ahli dan bekas guru. Terima kasih kepada yang terlibat dan ahli yang memberikan respon dalam usaha ini. Di KEDAH, penulis (Samsul) yang dalam perjalanan menjalankan urusan kerja di Changloon sempat singgah dikediaman Sdr. Nazli di Sg.Petani. Penulis menghabiskan masa hampir dua jam. Banyak kenangan yang dikongsikan termasuklah melihat foto-foto semasa diasrama. Di BESUT, kami berjaya menjejaki Zirawati di Renek pada 9 Disember 2009. Penulis bersama Cikgu Affandi telah meluangkan masa sejam diwarung Zirawati yang terletak didepan SM Renek. Kami membuat kejutan kepada beliau. Jelas terpancar dimata beliau rasa gembira dengan kehadiran kami. Kami diberi makan percuma....Terima kasih Zira. Seterusnya di kediaman bekas pengetua Cikgu Hj.Mahmod pada 25 Dis. Rombongan yang disertai Cikgu Affandi,Nor Aini Jamal Khan, Mohd.Latif, Zulkifli dan Samsul sendiri. Kami telah dijamu dengan nasi minyak. Sedap!! Nak makan banyak tapi malu....Selepas hampir sejam setengah,rombongan yang diketuai oleh penulis mengakhiri program ziarah di kediaman Hj. Mohamed (HEM). Lawatan kekediaman HEM tidak dirancang. Setelah dimaklumkan HEM kurang sihat, kami sepakat meluangkan masa menziarahi beliau.Lagi sekali dijamu nasi.
9 Dis 2009 : Penulis bersama Cikgu Affandi mengunjungi Zirawati di Renek.
13 Dis2009 : Penulis mengunjungi Sdr. Nazli dikediaman beliau di Sungai Petani, Kedah ketika dalam perjalanan ke Changloon untuk menjalankan kerja rasmi.
23 Dis 2009 : Penulis bersama Cikgu Affandi sekali lagi melakukan ziarah Ukhuwah kekediaman keluarga Anida Ibrahim dan Che Noraimah di P.Akar. Namun mereka berada dikediaman masing-masing iaitu di Pasir Puteh dan Kota Bharu. Kami berbual mesra dengan ibubapa mereka sahaja.
24 Dis. 2009 : Penulis sempat singgah dikediaman kelaurga Sharmila Apmili di Panchor dalam perjalanan pulang selepas menziarahi kawan di Keruak. Juga tiada disitu. Beliau tinggal di Paloh,K.Terengganu.
25 Dis. 2009 : Rombongan EXF6SMKKB yang terdiri daripada Nor Aini, Zul,Latif,Cikgu Affandi dan Samsul meneruskan Ziarah Ukhuwah ke rumah Bekas Pengetua (Hj. Mahmood).
Sebagai tanda kenang-kenangan kami menyampaikan cenderahati berupa foto kenangan perjumpaan kali pertama EXF6SMKKB 2009 kepada Pengetua

Mungkin ada sesuatu yang menarik perhatian pengetua hingga Latif dan Zul pun turut tersenyum....
Kami akhiri program itu dikediaman bekas HEM (Hj.Mohammed) setelah dimaklumkan pengetua yang beliau tidak berapa sihat.
(Cikgu Affandi, Zul, Latif dan Nor Aini merakam kenangan bersama HEM)
Kami merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang memberi sokongan secara langsung ataupun tidak. Diharapkan program ini bukan yang pertama dan terakhir. Jika hari ini tidak berkesempatan, mungkin dilain kali kita dapat bersama sekali lagi. Insya allah. WASSALAM
Laporan: SAMSUL
Foto: Samsul/Cikgu Affandi/Latif
No comments:
Post a Comment