Selamat Datang..

Selamat Datang Ke Blog Bekas Pelajar Ting.Enam SMK Kuala Besut (Batch Pertama 1990/91). Kami Mengalu-alukan Sebarang Cadangan Daripada Anda

PENGUMUMAN TERKINI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1439H
Maaf Zahir & Batin
Eratkah Silaturrahim

PENAFIAN

PERINGATAN: Pengendali dan ExF6SMKKB90/91 tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Wednesday, March 3, 2010

TERKINI-Sila Baca

Assalamu'alaikum.

Majlis yang dirancang kekal pada:

Tarikh : 20 Mac 2010
Masa : 9.00 Pagi
Tempat: SMK K.Besut

(Sila rujuk makluman sebelum ini-dibawah-untuk maklumat terperinci program)


Pada kesempatan ini saya ingin maklumkan bahawa saya telah kehilangan HP yang menjadi teman setia semasa dalam perjalanan ke pejabat petang tadi. HP saya telah jatuh diatas jalan dan berkecai sebelum masuk longkang. Namun saya masih boleh dihubungi ditalian biasa. Yang rosak hanya HP...Kad Mempori ok...Banyak maklumat berhubung no.telefon EXF6SMKKB yang disimpan didalam memori HP tidak dapat diselamatkan. (Saya akan cuba mohon bantuan rakan yang pakar HP untuk mendapatkan kembali data-data tersebut) Maklumat terkini tersebut belum sempat saya 'back-up' ke dalam PC. Maklumat didalam memori sim kad, tidak banyak yang ada.

Sedikit sebanyak ia menjejaskan perhubungan saya bagi memaklumkan maklumat terkini kepada EXF6SMKKB. Saya akan hubungi mana-mana rakan yang ada beberapa nombor kenalan yang dapat kita jejaki-yang sempat saya hantar kepada rakan-rakan.

Kepada rakan-rakan yang minta no.HP rakan-rakan dan saya masih belum berikan, harap maklum atas masalah saya jua mohon maaf.

Pada kesempatan ini juga, saya menyeru kepada rakan-rakan untuk membuat pengesahan hadir ke mesyuarat itu terus kepada S/U Noraini Jamal Khan. Maklumat daripada Noraini sehingga petang tadi hanya 8 orang yang memberi respon tetapi yang setuju hadir hanya 4 orang. Sila sahkan kehadiran sebelum atau sehingga 15 Mac 2010. Jika tidak sampai 22 orang, kami akan buat pelan B.


Sekian dan Harap Maklum

SAMSUL B.A

1 comment:

  1. alahai...dua perkara sedih bila baca artikel ini, pertama, HP boss kita, saya tau sgt betapa pentingnya HP tu kepada beliau, tapi apaboleh buat dah sampai masa, macam manusia juga sampai masa, matilah ia..Perkara sedih yg kedua ialah hanya 8 org bagi respon dan drp 8 org tu hanya 4 org sahaja yg setuju nak hadir..sedihnya mengenangkan penat lelah sba dan ajk penaja yg lain bertungkus lumus, hanya setakat itu saja respon anda semua..apalah nak jadi..

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi