Selamat Datang..

Selamat Datang Ke Blog Bekas Pelajar Ting.Enam SMK Kuala Besut (Batch Pertama 1990/91). Kami Mengalu-alukan Sebarang Cadangan Daripada Anda

PENGUMUMAN TERKINI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1439H
Maaf Zahir & Batin
Eratkah Silaturrahim

PENAFIAN

PERINGATAN: Pengendali dan ExF6SMKKB90/91 tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Sunday, April 18, 2010

Ziarah CF di IJN


Pada jam 6.04 petang, Cikgu Affandi memaklumkan menerusi SMS yang beliau berada di Bilik A201. Saya terus menyampaikan maklumat itu kepada beberapa orang rakan yang berada disekitar KL dan juga di Besut dengan harapan perkara ini akan disampaikan seterusnya kepada sahabat yang lain. Pada 6.30 petang saya terus ke IJN dan jam 7.15 sampai di IJN. Turut sama dalam lawatan itu ialah Kamarudin.



Kami menghabiskan masa lebih kurang 45 minit bertanya khabar dan serba sedikit perkembangan semasa CF. Sepanjang sesi pertemuan singkat itu, CF kelihatan ceria dan macam biasa. Kedatangnya ke IJN ditemani isteri (Cikgu Fariza dan adik iparnya). Memandangkan waktu lawatan telah tamat, kami terpaksa tinggalkan CF dengan seribu harapan dan doa agar beliau tabah dan tetap cekal dalam menjalani rawatan. Sedikit perasaan terharu diraut wajah CF mengiringi langkah kami meninggalkan wad.


Ketika kami sampai, dua orang bekas pelajar tingkatan enam- mungkin sesi 1994/95-Bibi dan Zana-(dibelakang Kamarudin) turut datang memberikan sokongan dan semangat kepada CF. Dijangkakan jam 10.00 pagi esok, CF akan masuk bilik pembedahan untuk pemeriksaan lanjut. Jika keputusan mendapati CF perlu menjalani pembedahan pintasan, maka perkara itu akan dilakukan esok juga. Justeru marilah kita mendoakan agar semua urusan tersebut berjalan lancar dan selamat hendaknya. Mungkin makbul doa kita, CF dapat meneruskan rutin hariannya dan menyemarkkan lagi alumni kita ini.


Banyak lagi agenda yang kita harapkan mendapat sentuhannya untuk kita laksanakan. CF, anda adalah kekuatan kami. Kami tetap bersama CF. Sepertimana CF sentiasa memberikan kata-kata semangat dikala kami rasa lemah dan letih meneruskan perjuangan ini, maka sekuat kata-kata itulah kami harapkan pada CF untuk terus cekal dan tidak mudah mengalah. InsyaAllah.

Laporan: Din/SBA
Foto : SBA

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Daun Keladi