Selamat Datang..

Selamat Datang Ke Blog Bekas Pelajar Ting.Enam SMK Kuala Besut (Batch Pertama 1990/91). Kami Mengalu-alukan Sebarang Cadangan Daripada Anda

PENGUMUMAN TERKINI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1439H
Maaf Zahir & Batin
Eratkah Silaturrahim

PENAFIAN

PERINGATAN: Pengendali dan ExF6SMKKB90/91 tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Ibu

Selamat Menyambut Hari Ibu kepada seluruh wagra yang bergelar ibu. Sesungguhnya kaum wanita yang dianugerah Allah itu banyak pengorbanannya kepada institusi keluarga. Sebut sahaja ibu semua kita faham bahawa ia begitu besar. Sebab itu kita lihat sesebuah negara ada 'ibu' negera. Tidak pula disebut bapa negara. Ibu jari, ibu negeri dan macam-macam lagi.

Dalam hadis pun disebut bahawa mentaati ibu itu diulang Nabi SAW sebanyak tiga kali dan keempat barulah bapa. Ini menunjukkan Islam meletak kaum wanita itu ditempat yang mulia. Kerana tanpa ibu, maka tiadalah insan. Ibu yang mengandungkan zuriat selama sembila bulan sepuluh hari. Dalam tempoh itu menghadapi pelbagai kesusahan.Hebatnya wanita, meskipun terpaksa menanggung kesukaran mengandung namun tanggungjawab untuk keluarga, suami dan rumahtangga tetap terurus.



Selepas melahirkan zuriat sekali lagi, kaum hawa ini terpaksa menghadapi waktu-waktu melayani kemahuan bayi mereka. Dengan waktu tidur yang tidak cukup, makan yang terpaksa berpantang dan pergerakkan terhad selama lebih kurang 30-60 hari, namun urusan rumahtangga tetap berjalan.


Cuba kita tanya kaum lelaki, mampukah mereka membawa beban seberat 1kg selama sembilan bulan (ibarat mengandung) itu? Mampukah mereka bersengkang mata meyediakan susu untuk bayi, membasuh dan menyidai pakaian bayi? Terdayakah mereka menguruskan makan minum?


Ternyata, meskipun kaum lelaki boleh melakukan semua itu namun kecemerlangannya tidak sama seperti gerak kerja yang dilakukan kaum hawa. Sesungguhnya Allah SWT telah mencipta kaum Adam dan Hawa itu dengan tugas dan tanggungjawab tersendiri. Justeru tindakan menzalimi kaum wanita amatlah tidak wajar.


Islam dengan jelas menyatakan kaum wanita itu dicipta dari tulang rusuk adalah untuk didampingi. Tidak pula diciptakan dibahagian atas untuk disanjungi atau dibahagian bawah untuk dipijak (hina). Maka sewajarnyalah kaum hawa itu didampingi dan dibentuk agar ia menjadi seorang ibu yang beriman dan berakhlak mulia. Kerana ibu juga adalah guru pertama kepada setiap anak-anaknya sebelum mereka melangkah ke alam pendidikan formal.


Pun begitu, kita tidak seharusnya mengingati ibu hanya setiap bulan Mei sahaja. Ibu perlu diingati sepanjang masa dan bukannya tertentu pada hari atau bulan tertentu sahaja. Apa yang baik dalam sesuatu budaya bangsa selama mana ia tidak bertentangan adan bercanggah dengan syariah Islam maka bolehlah kita amalkan. Namun jika bercanggah dengan hukum maka ia wajib dijauhi....


Selamat Menyambut Hari Ibu....



Pengerusi EXF6SMKKB 1990/91

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Daun Keladi