Selamat Datang..

Selamat Datang Ke Blog Bekas Pelajar Ting.Enam SMK Kuala Besut (Batch Pertama 1990/91). Kami Mengalu-alukan Sebarang Cadangan Daripada Anda

PENGUMUMAN TERKINI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1439H
Maaf Zahir & Batin
Eratkah Silaturrahim

PENAFIAN

PERINGATAN: Pengendali dan ExF6SMKKB90/91 tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Saturday, August 28, 2010

Perjumpaan Kali ke-2 AIdilFitri 2010

TERKINI- Ahli Jawatankuasa EXF6SMKKB 90/91 yang telah selesai mengadakan mesyuaratnya sebentar tadi bersetuju untuk sekali lagi menganjurkan majlis perjumpaan Bekas Pelajar Tingkatan Enam SMKKB 1990-91. Mesyuarat yang dipegerusikan oleh Saudara Samsul turut dihadiri oleh Mohd.Rosli, Nik Kamila, Norriza dan Penasihat Alumnii, Cikgu Affandi itu berlangsung di SM Teknik Besut,Kg Raja.

Berikut ini butirannya:

MAJLIS PERJUMPAAN EXF6SMKKB 1990/91

TARIKH : 12 SEPTEMBER 2010
HARI : AHAD
MASA : 9.00 PAGI - 12.30 T/HARI
LOKASI : RESTORAN ONE (HOTEL ONE), BANDAR JERTEH
YURAN : M25.00 / KELUARGA

Sehubungan dengan itu, pihak penganjur memerlukan maklumbalas kehadiran dengan kadar segera daripada tuan/puan yang berminat. Sila berikan jawapan kehadiran berserta BAYARAN PENYERTAAN ( simpan slip bank-in untuk pengesahan urusetia)
SEBELUM/SELEWATNYA 4 SEPT.2010.

LANGKAH-LANGKAH:

1. BAYARAN boleh dibuat ke akaun Maybank (SAMSUL BAHRIN) 1625 5302 2772.
2. Sila SMSkan pemakluman bayaran telah dibuat.
3. Ingat Simpan Slip Bayaran (jika melalui Maybank2U, sila cetak slip traksaksi sebagai bukti bayaran)
4. Serahkan slip bayaran semasa pendaftaran pada 12 Sept. 2010



ATURCARA:

8.45 pg: Kehadiran Jemputan / Pendaftaran
9.00 pg : Bacaan Doa dan Ucapan Pengerusi EXF6SMKKB 90/91
9.15 pg : Ucapan Wakil Guru
9.40 pg : Ucapan Penasihat EXF6SMKKB 90/91

10.00 : Jamuan makan

11.30 : Acara Kanak-kanak
12.30 : Majlis bersurai

Hadiah misteri menanti anda!!! Datanglah ramai-ramai bagi memeriahkan majlis kita. Ajak rakan-rakan rapat kita untuk hadir..INGAT...ajak, jangan tak ajak. Hadir jangan tak hadir kerana hadiah misteri dan cabutan nombor bertuah menanti kunjungan anda!!!!!

Sekian dan terima kasih,

Nor Ainin Jamal Khan
b/p Setiausaha.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Daun Keladi