Syukur kehadrat Ilahi dengan izinnya dapat kita menunaikan satu lagi ibadat: Puasa. Hari ini merupakan hari pertama kita menyambut kehadiran Ramadhan yang penuh keberkatan; bulan pengampunan.
Pada kesempatan ini, kami warga EXF6SMKKB 1990/91 menyusun sepuluh jari jemari memohon kemaafan diatas apa jua kesilapan zahir dan batin. Semoga kedatangan ramadhan kali ini lebih baik daripada tahun sebelumnya.
ELAKKAN PEMBAZIRAN
Sempena bula yang mulia ini juga, kami menyeru seluruh warga SMKKB dan umat islam agar berhemah dalam perbelanjaan bagi mengelak pembaziran ketika berbuka. Beli makanan yang diperlu sahaja. Jangan berlebihan. Ketika perut menahan lapar dan dahaga, semua yang dijual digerai-gerai Ramadhan semuanya menarik dan tertawan. Jangan terlalu ikutkan nafsu. Sesungguhnya kedatangan Ramadhan itu sendiri adalah untuk mengikat semua nafsu negatif.
BAYAKKAN AMAL JARIAH
Sesungguhnya dibulan yang penuh barakah ini, kita berebut-rebut untuk melibatgandakan amal jariah. Bukan sahaja berebut-rebut untuk mengadakan majlis berbuka puasa bersama anak yatim, mereka yang tidak mampu bahkan sama-sama mengimarahkan dan memakmurkan masjid.Namun adalah lebih kemeriahan beribadat itu dapat diteruskan selepas Ramadhan.
Selamat menyambut Ramadhan. Kedatangannya dinanti-nanti, pemergiannya ditanggisi. Semoga Ramadhan kali ini lebih sempurna.
SAMSUL BAHRIN B. ABDULLAH
(Pengerusi EXF6SMKKB 90/91)
No comments:
Post a Comment