Selamat Datang..

Selamat Datang Ke Blog Bekas Pelajar Ting.Enam SMK Kuala Besut (Batch Pertama 1990/91). Kami Mengalu-alukan Sebarang Cadangan Daripada Anda

PENGUMUMAN TERKINI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1439H
Maaf Zahir & Batin
Eratkah Silaturrahim

PENAFIAN

PERINGATAN: Pengendali dan ExF6SMKKB90/91 tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Wednesday, March 23, 2011

GETIR

Dalam mengharungi liku-liku perjuangan terkadang terdetik dihati untuk apa semua ini? Kenapa perlu bersusah payah? Berbaloikah atas penat lelah?Akan adakah keikhlasan itu? Atau tercicir dijalanan pencarian? Pelbagai persoalan yang berlegar diminda menuntut leraian jawapan....Mungkinkah ada jawapannya?
Apa yang boleh kita lakukan jika semua harapan dan hasrat tidak upaya diterjemahkan oleh orang lain? Manfaat jangka pendek dan panjang gagal difahami….

SAHABAT
Dalam kehidupan ini tiada insan yang hidup bersendirian. Mereka hidup dalam sebuah masyarakat yang pastinya ada kelompok sahabat sendiri. Dalam bersahabat ada pahit dan manisnya. Setiap persahabatan itu ada pasang surutnya dan ada kenangan apabila masing-masing berhijrah kerana kerjaya atau keluarga.

Ada orang seronok sangat bila diceritakan sianu, sianu berada disini, bekerja itu dan ini…lalu diminta nombor telefon untuk menghubungi sendiri sahabatnya itu bagi mendapatkan kepuasan sebenar daripada hanya bertanya khabar…. Berita yang didengar, suara dibisik yang diselangselikan dengan gelak ketawa tidak terasa detik berlalu-lupa seketika pada tanggungjawap, lantaran ghairah berbicara dengan sahabat lama. Namun semua itu bagai tidak puas kalau tidak melihat sendiri susuk tubuh lalu dibuat janjitemu untuk sebuah perjumpaan yang sekian lama terpisah…berdebar menanti saat pertemuan!

Ada orang tidak kisah dengan sahabat. Dikhabarkan begitu dan begini namun ia bagai mencurah air didaun keladi. Bertentang mata dimana sekali pun bagai tidak mengenali…Betul tidak kenal atau saja buat-buat tidak kenal? Entah, hanya mereka yang tahu….

……..Sahabat memberikan persepsi dan reaksi berbeza kepada setiap individu…..

Dalam usaha menjejaki,menghubungi dan mempertemukan semua sahabat lama bukanya suatu kerja yang mudah. Banyak menuntut kesabaran dan pengorbanan. Dan pengorbanan itu seringkali didefinisikan dari sudut dan pandangan yang berbeda…jawapan yang seringkali kedengaran “Masalah orang berbeza”. Itu adalah hakikat kerana setiap manusia diciptakan ada masalahnya tersendiri. Setiap kita ada tanggungjawab tersendiri. Namun memadaikah nilai persahabatan itu diberikan alasan begini? Apakah kita merasakan bukan disini tempat untuk kita bertemu dan bercerita? Bukan taraf kita?!
Mungkin juga telah luntur semangat kekeluargan yang pernah kita bina dulu lantaran kita telah beralih kedunia impian kita..(dahulu sahabat menjadi teman suka-duka, kini pasangan hidup dah ada!) Mungkin juga kita merasakan sebuah pertemuan singkat ini tidak memberikan apa-apa manfaat langsung dan tidak langsung, lalu untuk apa bersusah payah untuk hadir. Bukankah lebih baik masa itu dihabiskan bersama famili?
....sukarnya memahami erti persahabatan dalam mencari kemahuannya...

BUKAN PAKSAAN
Sebuah pertemuan yang dirancang dan diatur bukan menuntut kehadiran secara paksa-rela. Sebuah sumbangan juga menuntut keikhlasan untuk sebuah persahabatan. Setiap pertemuan itu menuntut jiwa kita hadir dengan lapang dada untuk sebuah silaturrahim yang telah sekian lama terpisah. Acara tahunan yang kita nanti-nantikan bukannya acara tahunan yang terbeban dibahu. Namun atas kewajaran apakah kita membiarkan orang yang dipilih itu bergerak tanpa sokongan? Kalau tidak bersetuju bergerak secara berorganisasi/berstruktur mengapa daripada awal lagi tiada kedengaran suara bangkangan? Namun kini mereka bagai terhukum . Apakah yang dilakukan mereka itu betul? Memenuhi dan memberikan kepuasan kepada diri sendiri? Tiada jawa[pan pasti…semua membisu…Atau setidak-tidaknya menyatakan kehendak diri untuk sama-sama memikirkan cara terbaik untuk semua meskipun kita maklum mustahil kita mampu memuaskan hati semua orang. Sekurang-kurangnya idea itu dikongsi bersama supaya sebuah keputusan diperolehi…

Inilah hakikat dan takdir sebuah perjuangan. Bukan senang untuk senang. Untuk membina semua empayar besar bukan sedikit yang terkorban.Namun untuk meruntuhkan sebuah empayar besar itu cukup senang…..

Bercakap memang mudah namun merealisasikan semua ucapan itu bukannya suatu yang senang. Tidak ramai yang mampu merealisasikan semua harapan…Idea bagus tidak semestinya mampu meraih ‘simpati’ sama muafakat bersatu hati dan tenaga untuk merealisasikan semua yang dibicarakan…namun inilah ujian dalam sebuah perjuangan yang panjang….

Getirnya laluan ini rupa-rupanya. Tidak seindah yang digambarkan. Mencari muafakat membawa berkat terasa sukar..namun perjalanan ini masih jauh….semoga ada sinar dipenghujung terowong harapan ini...InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Daun Keladi