Berhubung dengan keputusan pertemuan bekas pelajar tingkatan enam SMKKB 90/91 buat kali ke-3 yang dirancang pada hari raya ke 2 atau 3 nanti, kami memutuskan penangguhan sementara sesi perjumpaan itu. Keputusan ini susulan tiada sambutan terhadap sesi perbincangan antara ahli yang dijadualkan pada 17 Mac 2011 lalu.
Walaubagaimana pun, ini tidak bermakna pintu perbincangan telah tertutup rapat. Perbincangan bagi mengadakan perjumpaan EXF6SMKKB90/91 ini masih lagi dibuka untuk dibincangkan oleh semua ahli sehinggalah disahkan benar-benar tiada yang berminat untuk meneruskan lagi majlis perjumpaan ini.
Sekiranya masih ada yang berminat untuk meneruskan sesi pertemuan ini, sila berhubung dengan S/U untuk keterangan lanjut.
Wassalam,
Pengerusi EXF6SMKKB90/91 sesi 2010/2012.
No comments:
Post a Comment