Selamat Datang..

Selamat Datang Ke Blog Bekas Pelajar Ting.Enam SMK Kuala Besut (Batch Pertama 1990/91). Kami Mengalu-alukan Sebarang Cadangan Daripada Anda

PENGUMUMAN TERKINI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1439H
Maaf Zahir & Batin
Eratkah Silaturrahim

PENAFIAN

PERINGATAN: Pengendali dan ExF6SMKKB90/91 tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Thursday, June 23, 2016

DIFTERIA kini kembali..


Jangkitan difteria merbahaya menerjah kembali. Difteria, penyakit bawaan bakteria corynebacterium diphtheriae, menyerang kerongkong kanak-kanak yang akhirnya menyebabkan gangguan pernafasan sehingga membawa maut. Pantas merebak melalui titisan cair pernafasan individu ke individu yang lain.
 

Imbaun sejarah mencatatkan bahawa tahun 1921 di Amerika seramai 15,520 mati akibat serangan difteria [1]. Sebelum era vaksinasi, separuh dari pengidap difteria menemui ajal.

Sejak pelalian difteria dimasukkan ke dalam Program Imunisasi Kanak-kanak Kebangsaan pada tahun 1972, kejadian penyakit difteria telah menurun dengan sangat drastik. 

Dalam tempoh lima (5) tahun kebelakangan ini, bilangan kes difteria yang paling tinggi di Malaysia adalah pada tahun 2013, iaitu empat (4) kes termasuk dua (2) kematian dilaporkan dengan kadar insiden 0.01 per 100,000 penduduk. 

November 2015, satu lagi kematian kanak-kanak berumur 8 tahun dicatatkan di kedah [2]. Terbaru (21 Jun 2016), kanak-kanak berusia 7 tahun dari Melaka maut akibat serangan Difteria. Hasil siasatan mendapati mereka semua tidak menerima suntikan vaksin wajib semasa berumur 2, 3, 5 dan 18 bulan. Sungguh menyedihkan.

Didapati juga penyebab utama keengganan sebahagian dari mereka tidak memberi vaksin adalah kerana terpengaruh kepada sebaran maya yang menerangkan kesan negatif akibat vaksin. 

Pemikiran yang agak terkebelakang ini mula merebak dalam negara bermula awal 2008 lagi dan sekarang berkembang pesat selari dengan perkembangan capaian IT yang semakin cepat. Setiap sebaran maya tidak diselidiki dengan betul dan mula terpengaruh dengan dakyah yang disebarkan itu.

Saya semakin bimbang jika situasi ini tidak dibendung segera, difteria yang sebelum ini 'tidur' akan mula menerjah kembali ruang negara kita. Ini akibat kealpaan kita sendiri yang sudah mula lena dan berada dalam ruang selesa setelah bertahun lamanya kes Difteria tiada. 

Berfikirlah sejenak akan kesihatan anak-anak kita. Sudah tentu mereka mempunyai hak yang perlu dituntut demi kesinambungan kesihatan yang terjamin dalam sebuah negara yang merdeka ini.


Penulis ialah Pakar Perubatan Keluarga.

Rujukan
[1] Penyakit Difteria CDC. http://www.cdc.gov/diphtheria/
[2] Difteria di Malaysia. http://mrembm.bernama.com/viewsm.php?idm=8577

Kredit: Harakahdaily.net

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Daun Keladi