Selamat Datang..

Selamat Datang Ke Blog Bekas Pelajar Ting.Enam SMK Kuala Besut (Batch Pertama 1990/91). Kami Mengalu-alukan Sebarang Cadangan Daripada Anda

PENGUMUMAN TERKINI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1439H
Maaf Zahir & Batin
Eratkah Silaturrahim

PENAFIAN

PERINGATAN: Pengendali dan ExF6SMKKB90/91 tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Monday, June 6, 2016

Ramadhan Bukan Bulan Pesta Makan

Assalamu'alaikum,

Syukur kepada Allah SWT kerana dengan izinNya dapat lagi kita berada di bulan penuh berkat ini, Ramadahan. Kehadirannya perlu disambut dengan penuh keinsafan dan kesederhanaan. Bulan Ramadhan yang banyak keistimewaannya seperti dianugerahi malam lailatul qadar (malam yang lebih baik daripada seribu bulan seperti yang dirakamkan dalam Quran, surah Al-Qadr, ayat 97 dan Menurut Quraish_Shihab, kata Qadar (قﺩﺭ) sesuai dengan penggunaannya dalam ayat-ayat Al Qur'an dapat memiliki tiga pengertian:
  1. Penetapan dan pengaturan sehingga Lailatul Qadar difahami sebagai malam penetapan Allah bagi perjalanan hidup manusia. Penggunaan Qadar sebagai ketetapan dapat dijumpai pada surah Ad-Dukhan ayat 3-5 : Sesungguhnya Kami menurunkannya (Al-Quran) pada suatu malam, dan sesungguhnya Kamilah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan semua urusan yang penuh hikmah, yaitu urusan yang besar di sisi Kami
  2. Kemuliaan. Malam tersebut adalah malam mulia tiada tolok bandingnya. Ia mulia kerana terpilih sebagai malam turunnya Al-Quran. Penggunaan Qadar yang merujuk pada kemuliaan dapat dijumpai pada surah Al-An'am (6): 91 yang berbicara tentang kaum musyrik: Mereka itu tidak memuliakan Allah dengan kemuliaan yang semestinya, tatkala mereka berkata bahwa Allah tidak menurunkan sesuatu pun kepada masyarakat
  3. Sempit. Malam tersebut adalah malam yang sempit, kerana banyaknya malaikat yang turun ke bumi, seperti yang ditegaskan dalam surah Al-Qadr. Penggunaan Qadar untuk melambangkan kesempitan dapat dijumpai pada surah Ar-Ra'd ayat 26: Allah melapangkan rezeki yang dikehendaki dan mempersempit (bagi yang dikehendaki-Nya)

Sewajarnya, kehadiran Ramadhan ini tidak menjadi satu pesta makan dalam kalangan masyarat Islam khususnya. Apatah lagi Allah menjelaskan bahawa mereka yang suka membazir itu adalah saudara Syaitan. Melihat kepada laporan akhbar, rakyat Malaysia membuang makanan sehingga 8,000 tan atau lapan juta kilogram sehari dan jumlah itu mampu menampung bekalan makanan untuk enam juta orang.Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) Datuk Ab Rahim Md Noor berkata kos pengurusan sisa pepejal termasuk makanan yang dibuang itu juga melibatkan kos berbilion ringgit.Beliau berkata peratusan komposisi sisa makanan didapati meningkat sebanyak 15 hingga 20 peratus pada musim-musim perayaan."Kalau kita lihat peratusan, sisa makanan adalah komponen tertinggi dalam skala komposisi sisa pepejal, pada 45 peratus, malah kos perbelanjaan untuk pengurusan sisa-sisa pepejal di negeri-negeri bawah seliaan pihak kami telah mencecah RM1.6 bilion tahun lepas.(Sinar,17/8/2014)

Dalam satu kajian lain, mendapati bahawa kira-kira satu perempat daripada makanan yang dibazirkan oleh rakyat Malaysia datangnya semasa penyediaan, pengeluaran dan penggunaan. Dalam satu kajian yang dijalankan oleh SWCorp, isi rumah dengan lima orang membelanjakan purata RM900 untuk makanan semata-mata. Jika kita mengambil kira hakikat bahawa satu perempat daripada makanan dibazirkan semasa penyediaan, pengeluaran dan penggunaan, nilai makanan yang dibuang ke dalam tong sampah setiap bulan adalah bersamaan dengan RM225. Dalam setahun, jumlahnya adalah RM2,700, lebih dari RM2,400, iaitu gaji bulanan purata bagi seorang individu di kawasan bandar, menurut laporan kajian Gaji dan Upah Jabatan Perangkaan 2014. Satu lagi kajian yang dijalankan oleh SWCorp menunjukkan bahawa rakyat Malaysia menjana 38,000 tan sisa pepejal setiap hari pada 2016, di mana 15,000 tan datangnya daripada sisa makanan. Kajian mendapati bahawa 20 peratus atau 3,000 tan metrik sisa makanan ini boleh dielakkan. Sisa makanan yang boleh dielakkan adalah makanan yang masih boleh dimakan apabila ia telah dibuang, kerana 'orang ramai sukar menghabiskan makanan di pinggan mereka'.

Berdasarkan kajian SWCorp ini, berat purata makanan seseorang individu adalah 0.45kg bagi setiap makanan.15,000 tan sisa makanan boleh memberi makan kepada 11 juta orang, tiga kali sehari, Sisa makanan boleh dielakkan, menggunakan logik yang sama, boleh memberi makan kepada 2.2 juta penduduk dengan tiga hidangan penuh sehari.(http://www.mstar.com.my/31 Mei 2016)

Justeru, marilah kita jadikan ramadhan ini bulan untuk ibadah dan bukannya bulan pembaziran selaras dengan hikmah puasa itu sendiri yang antara lainnya untuk kita merasai bagaimana penderitaan oleh mereka yang tidak cukup makan lantaran kemiskinan dan kebuluran.

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA

PEMANTAU


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Daun Keladi