Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak diucapkan kepada seluruh pembaca Blog ExF6SMKKB90/91 ini amnya.
Begitu pantas masa berlalu. 1 Syawal 1437H telah pergi meninggalkan kita dan kini telah berada di 1438H. Setahun yang berlalu ini terasa begitu cepat-meninggalkan pelbagai kenangan pahit, suka,duka dan gembira.
Sesungguhnya kehadiran bulan yang begitu banyak ganjaran pahalanya ini patut disyukuri setiap insan kerana kita belum pasti akan bertemunya lagi pada tahun hadapan. Dikala kita bermewahan dengan makanan - lihat saja juadah yang dijual di pasar ramadhan yang kita amat teruja berbelanja besar menjamu rakan taulan di dalam majlis-majlis berbuka puasa dan berbelanja untuk persiapan menyambut 1 Syawal, tetapi kita terlupa untuk mengeluarkan sedikit belanja bagi meringankan bebanan
mereka yang ditimpa kemiskinan. Penderitaan mereka ini seharusnya dikongsi bersama oleh kita semua
dengan menghulurkan sebarang bentuk bantuan yang diperlukan samada yang berbentuk hartabenda
mahupun tenaga, agar kehidupan yang mereka jalani menjadi lebih bermakna. Sedangkan antara pengajatran difardhukan puasa ialah untuk kita merasai penderitaan yang dialami oleh mereka yang kurang bernasib baik seperti kita.
Ibadah puasa yang telah kita laksanakan seharusnya dapat memberikan keinsafan kepada kita
akan keperitan dan penderitaan yang ditanggung oleh umat islam lain yang hidup merana disebabkan
kemiskinan, kebuluran dan penindasan. Nasib yang menimpa mereka tentunya tidak sama dengan
kemudahan yang Allah SWT berikan kepada kita di sini. Apa yang termampu pada mereka hanyalah
ibarat ’kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang’ semata-mata untuk mendapatkan sesuap
makanan. Ada pula sebahagiannya tidak dapat menjamah walau sedikitpun makanan sehingga berharihari
lamanya.
Hadis daripada Abu Musa RA bahawa Rasulullah SAW bersabda (bermaksud); ”Tidak sempura iman seseorang kepadaku jika ia bermalam dalam keadaan kenyang sementara perut
jirannya kosong kelaparan, padahal ia mengetahui hal itu (namun tidak mempedulikannya)”. (Riwayat AtTabrani)
Justeru, satu pengajaran besar daripada ibadah puasa yang kita laksanakan sepanjang ramadhan ini ialah; ibadah puasa seharusnya dapat mendidik jiwa kita dengan sifat sabar ; iaitu sabar dalam
mengekang hawa nafsu yang telah menguasai seluruh anggota tubuh kita termasuklah hati, mata, telinga
dan lidah. Kita juga seharusnya dapat mengawal lidah kita dari mengeluarkan kata-kata yang tidak baik
dan boleh menimbulkan persengketaan sesama umat Islam. Sekalipun lidah kita diciptakan oleh Allah swt
dengan tidak bertulang, namun sesungguhnya ia jauh lebih tajam daripada mata pedang. Perkataan yang
dihamburkan melalui lidah ini akan terus menusuk kedalam jiwa orang yang mendengarnya. Oleh kerana
itu, ibadah puasa seharusnya dapat melatih kita agar sentiasa sabar menjaga lidah yang suka
mengumpat, menghina, mencaci dan memburuk-burukkan orang lain.
Dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda (maksudnya); "Berapa ramai orang yang berpuasa tetapi tidak mendapat apa-apa kecuali lapar dan berapa ramai orang
yang beribadah malam (qiamullail) tetapi tidak mendapat apa-apa kecuali penat.”
(Riwayat Ad-Darimi)
Oleh itu, sekalipun ramadhan bakal kita tinggalkan, namun marilah kita terus beristiqamah dengan
menunaikan ibadah secara tulus ikhlas agar dapat menjamin ketaqwaan kita kepada Allah swt. Mudah mudahan
kita semua akan terus diberikan peluang oleh-Nya untuk bertemu lagi dengan bulan Ramadhan
Al-Mubarak pada tahun yang akan datang, InsyaAllah.
-Pengulu, Dari Jeti Kuala Besut.
No comments:
Post a Comment