Selamat Datang..

Selamat Datang Ke Blog Bekas Pelajar Ting.Enam SMK Kuala Besut (Batch Pertama 1990/91). Kami Mengalu-alukan Sebarang Cadangan Daripada Anda

PENGUMUMAN TERKINI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1439H
Maaf Zahir & Batin
Eratkah Silaturrahim

PENAFIAN

PERINGATAN: Pengendali dan ExF6SMKKB90/91 tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Wednesday, September 23, 2009

MAJLIS PERJUMPAAN BERJALAN LANCAR

Tepat jam 4.00 Majlis Perjumpaan Bekas2 Guru dan Pelajar Tingkatan 6 SMKKB sesi 1990/1991 berlangsung dan dipengerusikan oleh Puan Siti Norhaizan Abd. Rahman. Seperti yang dijangkakan majlis kali pertama ini tidak dapat dihadiri oleh majoriti pelajar dan guru tetapi bolehlah dianggap berjaya. Siti Norhaizan yang mengalami sakit mata (tak serius) telah mengalu-alukan kedatangan para guru dan pelajar. Pengerusi Jawatankuasa Penaja Persatuan Bekas2 Pelajar dan Guru iaitu Saudara Shamsul Bahrin Abdullah telah membuat ucapan pertama. Beliau antara lain mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah bertungkus-lumus menjayakan majlis, antaranya yang menunjukkan kesungguhan paling bermakna iaitu Saudari Nor Ainin Jamal Khan. Tanpa kesungguhannya kemungkinan besar majlis itu tidak dapat diadakan. Beliau mensasarkan seramai 20 orang pelajar akan hadir tetapi oleh kerana banyak halangan terutama pada musim perayaan ini, hanya seramai 14 orang sahaja yang hadir. Saudara Shamsul menyatakan bahawa majlis ini akan tetap diadakan pada masa-masa yang akan datang dan mengharapkan agar rakan-rakan yang lain dapat membantu beliau dalam merealisasikan harapan tersebut.

Tuan Haji Yaakub Mat Salleh telah menyampaikan ucapan selepas itu dan telah memberi sedikit suntikan motivasi kepada para pelajar yang hadir. Beliau seperti biasa suka berjenaka dan masih mengekalkan komitmennya sebagai Penasihat Persatuan Pelajar-Pelajar Tingkatan 6. Ucapan terakhir disampaikan oleh Cikgu Affandi Abd. Rahman. Beliau sebagai Penasihat program telah mengimbau kembali sejarah penubuhan pengajian tingkatan 6 di SMKKB. Menurut beliau, sebagai 'peneroka awal' tingkatan 6 di SMKKB, para pelajar dan guru telah bertungkus-lumus untuk meletakkan kecemerlangan STPM sebagai

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Daun Keladi