..menyuburkan bumi gersang tepi kuala...
21 SEPTEMBER 2009 / 2 RAMADAN 1430H
Esok tepat jam 3.00 petang, Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Besut akan menyaksikan pertemuan semula bekas-bekas pelajar STPM sesi 1990/1991 dan para guru yang mendidik mereka hampir 20 tahun dahulu. Pertemuan ini ialah salah satu usaha yang dijalankan oleh penganjur Persatuan Bekas-Bekas Pelajar Tingkatan 6 SMKKB 90/91 dan dijangka menjadi titik tolak penting bagi penubuhan persatuan tersebut. Dijangkakan lebih 20 orang bekas pelajar tingkatan enam sesi pengajian 1990/1991 akan menghadiri perjumpaan ini. Ramai juga kalangan guru yang pernah bertungkus-lumus mendidik mereka akan hadir bersama. Lebih memeriahkan lagi majlis ialah kesudian bekas tenaga pengurusan sekolah iaitu pengetua mereka Tuan Haji Mahmud Mamat, Penolong Kanan 1, Tuan Haji Ismail Shafie dan Penolong Kanan HEM, Tuan Haji Mohamed Yaakob untuk turut hadir menyerikan majlis.
No comments:
Post a Comment