Selamat Datang..

Selamat Datang Ke Blog Bekas Pelajar Ting.Enam SMK Kuala Besut (Batch Pertama 1990/91). Kami Mengalu-alukan Sebarang Cadangan Daripada Anda

PENGUMUMAN TERKINI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1439H
Maaf Zahir & Batin
Eratkah Silaturrahim

PENAFIAN

PERINGATAN: Pengendali dan ExF6SMKKB90/91 tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Sunday, January 31, 2010

AL-FATIHAH

(Kenangan bersamamu....Kunjungan Ukhuwah EXF6SMKKB 25 Dis.2009)

Saya mendapat SMS daripada beberapa rakan kita di Besut yang menyatakan CIKGU MAD 'BOND' atau nama sebenar beliau MOHAMMED BIN YAAKUB bekas Guru HEM semasa kita di SMKKB 1990/91 yang lalu telah kembali ke Rahmatullah jam 3.00 pagi dikediaman beliau di Jerteh.


(Tinggal hanya kenangan...)




Beliau seorang guru yang komited dan tegas dalam menjalankan tugas. Beliau juga banyak terlibat dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan terutamanya Pengakap. Semasa kami melakukan kunjungan Ukhuwah pada 25 Dis 2009 yang lalu, meskipun agar uzur namun masih lagi memberikan kata-kata semangat dan perangsang kepada generasi muda untuk mendidik anak bangsa menjadi insan yang baik. Beliau juga menceritakan beberapa pengalaman semasa menjadi seorang pendidik dan aktiviti kemasyarakatan. Kami kagum dengan kegigihan beliau.


Pemergian beliau kerahmatullah tentunya amat dirasai oleh anak didik beliau. Kami, seluruh warga EXF6SMKKB 1990/91 mengucapkan salam takziah kepada seluruha ahli keluarga Cikgu Mad dan kami mendoakan semoga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang mukmin. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Daun Keladi