Selamat Datang..

Selamat Datang Ke Blog Bekas Pelajar Ting.Enam SMK Kuala Besut (Batch Pertama 1990/91). Kami Mengalu-alukan Sebarang Cadangan Daripada Anda

PENGUMUMAN TERKINI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1439H
Maaf Zahir & Batin
Eratkah Silaturrahim

PENAFIAN

PERINGATAN: Pengendali dan ExF6SMKKB90/91 tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Sunday, January 24, 2010

Mengimbau kenangan lalu....

Assalamu'alaikum.

Syukur kepada Allah SWT kerana blog kita kini berjaya menarik penyertaan ramai sahabat untuk bertanya khabar dan memaklumkan berita diruangan CBOX. Sebenarnya, untuk makluman semua, setiap artikel yang dihantar untuk terbitan ini ada ruangan komen dipenghujung artikel tersebut. Jadi sahabat boleh masuk ruangan itu untuk tintakan apa-apa berhubung artikel selain ruangan CBOX untuk sembang-sembang. Selamat Mencuba!

Pada kesempatan ini, saya paparkan beberapa foto koleksi peribadi saya semasa di SMKKB 1990/91 lalu untuk tatapan sahabat. Ini saja koleksi yang saya jumpa semasa membelek album lama....kepada sahabat yang ada batang tubuhnya didalam foto ini harap tidak marah dan memaafkan saya. Saya tidak bertujuan mengaibkan kalian, tapi sekadar berkongsi kenangan...



Kenangan di Pantai Teluk Budu...(Depan: SBA dan Nazaruddin) pose istimewa tu...perasan modellah tu...Tak ada batu, tong ikan pun jadilah buat lapik punggung, nasib tak tercucuk paku. Zuki Noh (Juki) feeling habis tu....macam Wak Jowolah kau..Huh...dahsyat!!!


Dari Kiri : Kamarudin (Din), Yusof, SBA dan M.Redzaudin. Apalah yang difikirkan Din tu erk..? Yusof jauh merenung. Dulu dok main pantai teluk Budu, lani Port Dickson dah..SBA pulak tu kenapa pulak? Rezda bergaya dengan kacamata hitamnya.Beli kata pasar sehari K.Besut ke?


Alamak..Redza dan SBA siap bagi pose berlatarbelakangkan takungan air di pantai Tk.Budu tu...


3 jejaka melayani perasaan.......Din dok perhatikan PATI kot!!! Serius semacam je...


Jejaka ke dua selepas Yusof tu adalah Zulkifli. Dia sekejap saja di 6 Rendah kerana dapat tawaran jadi Navy....Sekarang bertugas dimana ye?

Kenangan di rumah sewa...sempat lagi possing tu sebelum ke sekolah. Kau Kamil jangan dok jealous ngan aku....Aku terima kekacakan aku ni seadanya...Nak wat guano...hehehe..


Kenangan Majlis Perpisahan 1990. Sebelah Cikgu Roslina (...eh..eh ada dialog tu...) adalah Cikgu Norhana (mengajar Geografi) Lepas tu pindah.....Dimana sekarang?Depannya pulak Ustazah Norma.



Ini pun pada majlis perpisahan 1990. SBA bersama M.Yusri Yusoff. Dok manalah lani agaknya? Jadi cikgu juga ke?


Dari Kiri : Roslizawati (Kak Ros), Zubaidah, ..tak ingat saper ni..,Hasiah Sulong,Aswardati (Swa),Norhayati Mohamad,..yang ni pun saya lupa namanya....Ini kenangan mereka semasa lawatan ke P.Pinang.


Semasa di 6 Rendah. Dari kiri: Rosli (Long),Yusof,Marzuki, Naza dan SBA. Masa tu 6 Rendah ditempatkan dibangunan perpustakaan (bhg.bawah). Berlatar belakangkan SK K.Besut. Oleh kerana blok ini tepi pagar, maka dapatlah kami sesekali melihat orang kampung tanam tembakau di tepi pagar sekolah....sekarang ada lagi ke kawasan tu..?


Sempena Sambutan Hari Guru, pelajar asrama terlibat mempersembahkan dikir barat. Seminggu kami berlatih dikir barat. Dikalangan kita,siapa yang bersama kumpulan dikir ni membuat persembahan? Saya tak masuk....jangan marah, masa latihan tu saja nak bagi semangat untuk kau orang je.....I'm sorryyyyyy!!!!!



Yang ni pulak majlis berbuka puasa. Lokasinya dikantin. Yang saya ingat dan kenal hanya Arwah Cikgu Aziz Sattar Khan (apa dia bualkan tu...)



Amacam? Mesti ada yang tersenyum dan gelak sendirian macam saya ketika membuka album 1990/91.


"....persahabatan adalah bagaikan syurga dan ketiadaannya bagai neraka; persahabatan adalah hidup, ketiadaannya bagai kematian; dan berbagai bakti anda lakukan adalah kerana persahabatan...."


" Perpisahan ini memberikan sejuta erti. Mengajar kita mengenali diri ini. Tak perlu ada ungkapan berbahasa. Kita sedia memahaminya..."



SAMSUL, Kepong.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Daun Keladi