Terdapat beberapa pertanyaan berhubung mengapa Mesyuarat Pemilihan J/Kuasa Exf6smkkb 90/91 ini diadakan pada 20 Mac 2010. Disini saya ini jelaskan bahawa setelah berbincang dan mengambil kira daripada pelbagai sudut, maka tarikh yang paling sesuai adalah 20 Mac 2010 (Sabtu).
Jika ditetapkan pada 19 Mac (Jumaat), agak tergesa-gesa untuk mengejar waktu solat Jumaat (Lelaki). Jika selepas solat Jumaat pulak, agak lewat petang.
Kenapa tidak Khamis, 18 Mac? Satu persoalan yang menarik. Bagi mereka yang bertugas sebagai guru mungkin tiada masalah sebab sekolah mulai bercuti 13-21 Mac 2010. Pun begitu ada juga diantara kita yang terpaksa menghadiri kelas-kelas tambahan. Selain itu, pengerusi penaja juga mulai 13-18 Mac menghadapi peperiksaan pertengahan semester. Jadi, pada hemat saya, pemilihan 20 Mac itu telah mengambilkira pelbagai faktor semua pihak. Meskipun hari Sabtu itu adalah hari akhir bagi cuti pertengahan (pantai timur), namun perjalanan pulang mereka tidaklah sejauh perjalanan pulang mereka yang tinggal di Lembah Klang. Maka, mereka (Lembah Klang) boleh berehat semalaman di kampung halaman sebelum berangkat balik pada keesokan hari (Ahad).
Saya harap penjelasan ini sedikit sebanyak merungkai persoalan yang diutarakan. Kami sedaya upaya berusaha untuk sama-sama menang (win win situation) meskipun tidak mampu untuk memberikan kepuasan yang sama adil kepada semua orang.
Justeru, saya sekali lagi menyeru agar 20 Mac ini kita dapat menghadirkan diri seramai yang mungkin. Usaha ini bukanlah usaha seorang atau dua tiga orang individu, namun usaha semua. Semoga usaha kita ini direstui Ilahi.
Terika kasih.
SAMSUL B.A
(Pengerusi Penaja)
No comments:
Post a Comment