Selamat Datang..

Selamat Datang Ke Blog Bekas Pelajar Ting.Enam SMK Kuala Besut (Batch Pertama 1990/91). Kami Mengalu-alukan Sebarang Cadangan Daripada Anda

PENGUMUMAN TERKINI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1439H
Maaf Zahir & Batin
Eratkah Silaturrahim

PENAFIAN

PERINGATAN: Pengendali dan ExF6SMKKB90/91 tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Friday, February 26, 2010

Tegakkan Sunnah Sepanjang Masa

Persoalan Maulidur Rasul menjadi perbualan ramai. Pelbagai pandangan yang dikeluarkan. Dikalangan masyarakat Melayu, sambutan maulidur Rasul ini bagai satu kewajiban yang mesti disambut setiap kali tibanya 12 R/Awal.
Apakah dengan tidak dilakukan perarakan itu tidak menunjukan kecintaan kepada Rasul Allah? Apalah erti sebuah perarakan itu jika pada masa yang sama kita jauh daripada mengikuti suruhan baginda? Ini yang perlu difahami. Bukanya cuba menjadi jaguh dalam memperjuangkan perlu diadakan perarakan pada setiap kali tibanya tarikh kelahiran baginda tetapi dalam kehidupan/diri sarat dengan perkara yang jauh daripada perjuangan baginda. Apakah kita perlu kepada Rasullah setahun sekali?(Kerana pada setiap tahun kita menyambut Maulidur Rasul). Kita perlu baginda pada setiap masa.
Justeru kita sebagai seorang Muslim perlu sentiasa bermuhasabah sejauh manakah kecintaan yang disebut dan diungkapkan ini benar-benar tertanam dengan kukuh di lubuk hati kita?
Sejauh manakah kita melakukan apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. dalam perjuangannya, yang kemudiannya disambung pejuang seterusnya hingga ke hari ini?Marilah kita menghayati firman Allah yang bermaksud: “Dan tiadalah Kami mengutusmu (Wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai pembawa berita gembira, dan pemberi amaran; akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu)”. (Surah Saba’: 28)
Baginda Rasulullah s.a.w. telah pergi meninggalkan kita, yang sama sekali tidak mewariskan sebarang harta pusaka kekayaan, tetapi yang diwariskan adalah ilmu yang menjadi panduan hakiki, akhlak yang terpuji, sebuah perjuangan suci dan sebuah cara hidup yang sempurna.
Marilah kita sama-sama menjadikan sambutan ini bagi menguatkan iltizam kita menegakkan sunnah baginda sepanjang tahun dan sepanjang hayat kita. Tidak cukup dengan menunjukkan rasa gembira dengan bercuti, mengadakan perarakan dan berslogan mencintai Rasulullah. Namun gembirakanlah Rasulullah s.a.w. dengan mengamalkan dan menegakkan segala suruhan baginda, serta meninggalkan dan berusaha menghalang segala yang dibenci baginda.Rasulullah s.a.w. yang telah meninggalkan sebuah perjuangan suci sebagai rahmat ke seluruh alam untuk kita sambung dan teruskan. Segala kezaliman, penyelewengan, rasuah, salah guna kuasa, jenayah, yang berlaku pada hari ini hatta dari seorang yang mengaku Islam, menunjukkan jauhnya si pelakunya dari tinggalan Rasulullah s.a.w. walaupun dia menyambut kelahiran baginda saban tahun.
Abu Jahal juga menyambut kelahiran baginda dengan mengadakan kenduri besar-besaran kepada masyarakatnya. Sukanya Abu Jahal kepada baginda, namun akhirnya beliaulah orang yang paling kuat menentang perjuangan Rasul Allah setelah diseru kepadanya Islam hingga ke akhir hayat. Apakah kita juga termasuk dalam perangai Abu Jahal? Na'uzubillah....


Sejarah Peraran

Sejarah mencatatkan bahawa sambutan ini mula diadakan secara rasmi oleh ipar kepada Sultan Salahuddin Al-Ayubi, iaitu Muzaffaruddin Gekburi, yang menjadi penguasa daerah di Irbil, Syria Utara. Sambutannya dibuat secara sederhana dengan majlis doa dan majlis selawat. Kemudian Sultan Salahuddin mengangkat sambutan ini keseluruh pelusuk Kerajaannya dengan niat untuk menyemarakkan syiar agama dan bukannya perayaan yang bersifat ritual semata-mata. Sultan Salahuddin juga mengunakan perayaan berkenaan untuk membangkitan rasa cinta kepada perjuangan Rasulullah dan memberikan semangat kepada tentera Islam yang dipimpinnya untuk menghadapi perang Salib ketika itu. Sambutan pertama diadakan oleh Sultan Salahuddin pada 1184 (580 H) dengan mengadakan pertandingan sayembara puisi khas untuk Rasulullah. Pertandingan ini dimenangi oleh Syekh Ja'far al-Barzanji bin Husin bin Abdul Karim yang menulis puisi panjang bertajuk 'Iqd Al-Jawahir (ertinya kalung permata). Puisi inilah yang dibukukan dan dipanggil oleh orang-orang Melayu sebagai buku Barzanji yang diambil sempena nama penulisnya.
Perarakan yang dibuat Sultan pada asalnya lebih kepada perarakan beramai-ramai tenteranya ke medan perang sehingga sebahagiannya menemui syahid, sedang yang sebahagian lagi yang masih hidup berjaya menakluki Baitulmaqdis pada 1187 (583 H). Akhirnya sambutan ini telah menjadi tradisi dibeberapa negara termasuk di Malaysia. Walaubagaimana pun sambutannya bukanlah perkara yang diwajibkan dalam Islam, begitu juga jika mahu mengadakan perarakan kerana Islam lebih menuntut umatnya mengamalkan sunnah Rasulullah dan menjunjung Islam sebagai panduan hidup.
Majlis Fatwa Kebangsaan sebelum ini pernah mengharamkan majlis sambutan dan perarakan Maulidur Rasul yang didalamnya wujud percampuran antara lelaki dan perempuan. Walaubagaimana pun Fatwa itu dilanggar dan hingga kini masih lagi berlaku percampuran lelaki dan perempuan terutamanya dalam sambutan diperingkat Kebangsaan dan Negeri.
Marilah sama-sama kita pasakkan keazaman untuk menyambung perjuangan Rasulullah s.a.w. hingga ke akhir hayat kita. Sebagai seorang individu, marilah pula kita menghayati dan mengamalkan peninggalan Rasulullah s.a.w. Seorang pemimpin meletakkan azam untuk menegakkan sunnah di dalam kepimpinannya. Marilah kita ambil Islam itu keseluruhannya bukannya mengambil sebahagian dan membuang sebahagian kerana kepentingan peribadi kita.


Sidang Pengarang exf6smkkb

(Diolah daripada tulisan Ust.Idris Ahmad dan Ust.Hadi)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Daun Keladi