Selamat Datang..

Selamat Datang Ke Blog Bekas Pelajar Ting.Enam SMK Kuala Besut (Batch Pertama 1990/91). Kami Mengalu-alukan Sebarang Cadangan Daripada Anda

PENGUMUMAN TERKINI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1439H
Maaf Zahir & Batin
Eratkah Silaturrahim

PENAFIAN

PERINGATAN: Pengendali dan ExF6SMKKB90/91 tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Thursday, March 25, 2010

Terima Kasih EXF6SMKKB...

Assalamu'alaikum,



Syukur kehadrat Allah SWT serta selawat dan salam buat Muhammad SAW. Dengan izinNya, dapat juga kita berkumpul di Dewan SMK Kuala Besut pada tarikh keramat 2o Mac 2010 bagi melakar sejarah kepada EXF6SMKKB 90/91 kerana kini ia bertaraf persatuan penuh-bukan penaja lagi. Kini EXF6SMKKB telah mengorak setapak lagi kehadapan bagi merencanakan dan melaksanakan perancangan agar EXF6SMKKB 90/91 terus mempelopori gabungan kepada semua kumpualn bekas pelajar Tingkatan Enam SMKKB.


Terima kasih kami kepada wakil SMKKB, Tuan Hj Termizi (HEM) yang telah sudi merasmikan mesyuarat kami. Tidak lupa kepada Tuan Hj Affandi (Penasihat) yang sentiasa sudi bersama dalam setiap kali pertemuan, tidak lokek dengan idea, tenaga dan kata-kata semangat.


Ucapan terima kasih juga kepada Pn. Nor Ainin Jamal Khan yang sentiasa berkorban masa dan tenaga juga idea kearah merealisasikan hasrat kita. Sdr. Mahadi yang sentiasa sudi minum kopi dan berbincang serta memerah idea juga tenaga. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan CBOX (Keyla,Roziani,W.Rusliza, Din ) dan rakan-rakan lain yang tidak jemu-jemu menyokong hasrat penubuhan penuh EXF6SMKKB 90/91 samada menerusi blog,SMS juga lisan.


Jutaan terima kasih kepada 'junior-junior' yang telah sudi hadir bagi memeriahkan majlis serta sama-sama memerah idea ke arah merealisasikan Gabungan Bekas Pelajar Tingkatan Enam SMKKB suatu hari nanti. Juga tidak dilupakan kepada pihak pentadbir SMKKB yang telah memberi izin kepada kami menggunakan kemudahan dewan.


Antara keputusan yang dicapai didalam mesyuarat tersebut:



  • Penarafan EXF6SMKKB 90/91 dari bertaraf penaja ke persatuan penuh.


  • Bersetuju yuran keahlian RM50.00 setahun. Pembayaran dibuat semasa pertemuan.


  • Menerima usul Gabungan Bekas Pelajar Ting.6 SMKKB (dari Junior)

Berikut ini adalah AJK EXF6SMKKB sesi 2010/2012:




  • Samsul B.A (Pengerusi)


  • M.Rosli @Long (N.Pengerusi)


  • Nor Ainin J.K (Setiausaha)


  • Nik Kamila (Bendahari)

Ahli-Ahli J/kuasa:




  • Mahadi


  • Nor Riza M


  • Zulkifli





Sekali lagi sekalung tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung didalam menjayakan mesyuarat tersebut.


Wassalam,


Nor Ainin J.K


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Daun Keladi