Mesyuarat yang julung kali diadakan bagi membentuk satu gerakan yang mantap telah berlansung pada 20 Mac 2010 lalu di Dewan SMK Kuala Besut. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran wakil pengurusan SMK Kuala Besut (Guru HEM) dan juga junior-junior bekas pelajar tingkatan enam SMKKB.
Majlis dimulai dengan bacaan doa dan diikuti ucaptama Pengerusi Penaja EXF6SMKKB 90/91 kemudian Penasihat dan dirasmikan oleh Guru HEM.
Majlis berlangsung dalam suasana yang sungguh meriah. Banyak pandangan yang dapat dikumpulkan untuk tindakan selanjutnya.Majlis juga mempertontonkan slideshow aktiviti sepanjang 2009 dan berakhir dengan sesi fotografi juga jamuan nasi minyak.
Pendaftaran penyertaan mesyuarat...Apakah yang menjadi perhatian Rosni dan Nor Riza agaknya?
Tn.Hj Affandi (Penasihat) menyampaikan ucaptama....
Wakil pengurusan SMK Kuala Besut (Guru HEM) bersama ahli lain mendengar ucaptama pengerusi
Merakamkan kenangan bersama junior...
Hasiah kenapa ni? Macam marah je...Rileks.tengok W.Rusliza tu, steady je menikmati hidangan tengahari......

Apa pulak yang Nor Riza perhatikan tu? Rosni tak peduli siapa dah.....
M.Redzaudin pun turut hadir (sebelah kiri Zaidi)...turut kongsi idea. Terima kasih
Ahli bertuah....rupa-rupanya pada hari tersebut adalah hari lahir Nik Kamila...Dia agak terkejut dengan pengumuman hari lahirnya....Pengerusi sampaikan cenderahati kepada beliau.
Turut diberi cenderahati ialah Guru HEM SMKKB
Majlis juga tidak melupai penasihat yang banyak memberi sokongan dan dorongan sehingga kita berjaya mengumpulkan ahli dalam dua pertemuan seumpama ini di tempat yang sama.
Antara yang hadir...
...antara ahli wanita yang hadir...
Kepada semua pihak yang berusaha ke arah berlansungnya majlis ini, pihak warga EXF6SMKKB 1990/91 merakamkan jutaan terima kasih. Semoga segala sumbangan idea juga kewangan mendapat ganjaran terbaik daripada Allah SWT. Pihak kami mohon maaf diatas sebarang kesilapan tuturbicara, kekurangan serta kelemahan yang ada sepanjang majlis berlangsung. Yang baik itu datang daripada Allah jua.....
No comments:
Post a Comment