Telah 3 hari Cikgu Affandi berada di wad dan sebentar tadi (pagi) saya sempat hubungi Cikgu Affandi (Penasihat EXF6SMKKB 90/91) yang kini menjalani rawatan kesihatan di Hospital Pakar Perdana, K.Bharu (Tingkat 5) kerana ada sikit masalah pada artery tersumbat. Keadaan beliau baik dan telah menjalani rawatan pertama. Menurut beliau, kini menunggu rawatan susulan selepas pemantau hasil keberkesanan rawatan pertama. Rawatan kedua itu tidak pula dimaklumkan bila. Namun semasa bercakap di talian, jelas yang beliau begitu bersemangat dan seolah-olah tidak sakit. Sempat gelak-gelak dan beliau akan cuba berhenti merokok, kerana katanya masalah yang dihadapi beliau ini mungkin kesan daripada tabiat merokok.
Kami mengharapkan agar Cikgu Fendi (sinonim dengan CF dalam blog) cepat sembut dan banyakkan berehat juga utamakan kesihatan.
SAMSUL B.A
No comments:
Post a Comment