Pada hari Jumaat dan Sabtu, Cikgu Affandi kelihatan biasa sahaja tetapi malam Ahad ada sedikit masalah sehingga beliau dirujuk ke ICU semula. Kini, keadaannya bertambah baik dan di rawat di wad biasa Ting 5 bilik 549. Isteri beliau (Cikgu Fariza), setiap hari menjenguk tanpa rasa penat lelah berulang alik ke Hospital Pakar Perdana untuk memberi sokongan moral kepada Cikgu Affandi.
Kami warga EXF6SMKKB 90/91 mendoakan semoga Cikgu Affandi cepat sembuh dan dapat menjalani rutin harian seperti biasa.
Kepada anda yang ingin melawat Cikgu Affandi bolehlah berbuat demikian di Tingkat 5, katil 549, Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu.
No comments:
Post a Comment