Agak lama tidak menukilkan catatan di ruangan ini kerana sibuk dengan urusan kerja, belajar,keluarga dan lain-lain aktiviti kemasyarakatan lain. Begitulah lumrah kehidupan yang sentiasa ada perkara yang perlu dilakukan. Kalau diikutkan kerja, berlambak-tidak pernah habis namun dengan perancangan serta sentiasa dilakukan maka segala bebanan itu sedikit sebanyak kita mampu dikurangkan- dapat kurangkan tekanan!
Sebelum kita berjaya mengumpulkan rakan-rakan kita pada raya puasa 2009, kita begitu ghairah-bercerita tentang kenangan silam....kita sentiasa berusaha untuk merealisasikan harapan kita melepasakan 'kerinduan' itu. Berkongsi cerita. Bertukar-tukar pendapat dan kongsi pengalaman.Sungguh indah kita berilusi!
Maklumlah dulu, mak bapak yang support belanja, mana nak melaram macam sekarang - duit sendiri- dah banyak perubahan dalam kehidupan. Kita berjaya harungi liku-liku kepayahan hidupan dan membina sebuah kehidupan yang lebih baik dengan keringat sendiri.
Kita terusan bertanyakan khabar mereka yang lain. Kita bersusah payah mengatur pertemuan-menyusun aktiviti dan merancang. Segala penat lelah itu akhirnya kita berjaya kumpulkan sahabat di dewan SMKKB. Kita berjaya angkatkan kumpulan kita kepada satu organisasi yang tidak lagi bertaraf penaja. Kita rangka pelan awal. Kita terasa begitu bersemangat untuk terus mencantumkan semua bekas pelajar tingkatan 6 dibawah satu bumbung. Indah perancangan itu. Namun kini?
Kini bagaikan semangat yang hilang...lesu dan agak susah untuk berbicara dalam merangka perancangan besar.Setiap kali pertemuan yang diatur tidak pernah mendapat penyertaan penuh dan menepati masa. Sering kali terlewat dan kurang penyertaan......sedih bukan? Kini kita umpama merindui yang jauh namun bila berada didepan mata kita bagai tidak kisah kehadirannya...
Bagaimanakah kita akan bangkit kembali bersama semangat baru? Bilakah langkah kita akan bermula?Persoalan demi persoalan itu akan terjawap oleh kita. Kita yang bersusah payah mendapatkan impian kita, kita jugalah akan memastikan segala impian itu terus hidup dan membara.......
Wassalam,
SAMSUL B.A
(Pengerusi Bekas Pelajar Ting.6 SMKKB 90/91)
No comments:
Post a Comment