Selamat Datang..

Selamat Datang Ke Blog Bekas Pelajar Ting.Enam SMK Kuala Besut (Batch Pertama 1990/91). Kami Mengalu-alukan Sebarang Cadangan Daripada Anda

PENGUMUMAN TERKINI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1439H
Maaf Zahir & Batin
Eratkah Silaturrahim

PENAFIAN

PERINGATAN: Pengendali dan ExF6SMKKB90/91 tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tuesday, June 1, 2010

Konvoi Kemanusiaan ke Gaza diserang.

KUALA LUMPUR, 1 Jun: Polis Israel memaklumkan 16 aktivis pro-Palestin dari kapal-kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza yang diserang pada awal pagi semalam telah dihantar ke penjara.
Laman web Haluan Palestin melaporkan, puluhan aktivis lain akan dihantar pulang ke negara asal.

Juru bicara polis Israel, Micky Rosenfeld berkata para aktivis dibawa ke darat dan dipenjara di gurun selatan bandar Bersyeba selepas enggan memberikan butir pengenalan diri.
Rejim Israel akan mengusir kira-kira 700 aktivis dalam armada tersebut tetapi mereka yang menolak untuk bekerjasama akan dipenjara.Sekitar 80 aktivis telah dibawa ke pantai sehingga malam tadi.

Lifeline4Gaza yang memetik sumber IHH melaporkan Turki menghantar tiga buah pesawat ke Palestin yang dijajah oleh Israel untuk membawa keluar para aktivis kemanusiaan ke negara itu.
Pasukan Bulan Sabit Merah negara itu turut menghantar empat sukarelawan ke Tel Aviv untuk memastikan keselamatan para aktivisi dan membawa balik mereka yang terkorban.

Aljazeera melaporkan bahawa identiti mangsa yang terkorban dan cedera semasa diserang tentera rejim masih ditutup oleh entiti haram Israel.Laman web Sahabat Al-Aqsha pula melaporkan pada hari ini demonstarsi membantah tindakan kejam tentera rejim Yahudi menyerang misi bantuan kemanusiaan Gaza semalam diadakan di seluruh dunia termasuk Amerika.
KOTA BHARU, 1 Jun: Nasib 12 rakyat negara ini yang berada di atas kapal Mavi Marmara yang diserang tentera rejim haram zionis Israel awal pagi semalam masih belum diketahui.

Laman web LL4G melaporkan, berikut adalah nama-nama rakyat Malaysia yang menyertai Misi Talian Hayat Untuk Gaza (LL4G) yang berada di atas kapal penumpang “Mavi Marmara” milik IHH, Turki ketika diserang oleh komando laut Israel di perairan antarabangsa itu.

1.Tn Hj Noorazman bin Mohd Samsuddin, HALUANPalestin
2.Dr Mohd Arbai’e bin Syawal, HALUANPalestin
3.Dr Syed Muhammad Haleem bin Syed Hasan al-Haddad, HALUANPalestin
4.Ust Al-Hami Husain bin Suhaimi, HALUANPalestin
5.Mohd Nizam bin Mohd Awang, HALUANPalestin
6.Ust Hasanuddin bin Mohd Yunus, Aqsa Syarif
7.Tn Hj Jamuliddin bin Elias, Yayasan Amal
8.Dr Selamat bin Aliman, Jemaah Islah Malaysia (JIM)
9.Abdul Halim bin Mohd Redzuan, Muslim Care
10.Mustafa bin Mansur, MAPIM
11.Ashwat bin Ismail, Wartawan ASTRO
12.Shamsul Kamal Latif, Juru kamera ASTRO
Mustafa Mansur yang mewakili MAPIM menaiki kapal Mavi Marmara pada 29hb Mei setelah kapal Challenger II yang dinaiki beliau mengalami kerosakan di tengah perjalanan.Sehubungan itu, semua rakyat Malaysia diseru mendoakan seluruh rakyat Palestin di Gaza yang kini sedang meningkat kematiannya akibat diserang tentera Israel.Doakan juga semua konvoi misi keselamatan di sana selamat.
Sumber:Harakahdaily.net

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Daun Keladi