Selamat Datang..

Selamat Datang Ke Blog Bekas Pelajar Ting.Enam SMK Kuala Besut (Batch Pertama 1990/91). Kami Mengalu-alukan Sebarang Cadangan Daripada Anda

PENGUMUMAN TERKINI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1439H
Maaf Zahir & Batin
Eratkah Silaturrahim

PENAFIAN

PERINGATAN: Pengendali dan ExF6SMKKB90/91 tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Wednesday, July 7, 2010

FB: Jangan sampai terlalai..

Assalam,


Agak lama tidak berkesempatan untuk menulis dilaman ini. Banyak tugasan yang terpaksa dilasanakan yang menyebabkan kesempatan untuk menulis sedikit terbatas. Namun, blog ini tetap jua dilawati.


Kini dunia sedang dilanda wabak FWC2010 yang telah hampir ke penghujungnya dengan Belanda telah berjaya ke akhir menunggu keputusan Sepanyol-Jerman yang bakal berlangsung 2.30 pagi ini. Mungkin juga dengan keghairahan ini, laman sembang-sembang kita pun sepi. Tidak serancak sebelum ini.


Saya agak jarang buka laman web, blog dan facebook saya. Namun entah kenapa semasa berada di Kedah minggu lepas, saudara Rosli menghantar mesej (SMS) minta alamat FB saya. Lalu saya curi sedikit masa untuk melayari facebook saya (http://www.facebook.com/Abe%20GanuKite). Rupa-rupanya bukan sahaja saudara Rosli sahaja yang saya jumpa tetapi beberapa rakan lain:


1. Rosli Zakaria.

2. Wan Rusliza W.Ahmad.

3. Zuki Noh.

4. Zaleha Sulaiman.

5. Kilauwati A.Wahab.


Walaubagaimana pun, saya ingatkan agar berhati-hati dalam menyalurkan maklumat agak ia tidak menceroboh hak privacy sendiri. Jangan sampai mendedahkan semua maklumat sulit dalam akuan FB kerana kita perlu ingat semua maklumat itu disimpan didalam satu pangkalan data sendiri. Siapa yang kawal? Jika ia dikawalselia oleh agensi perisikan asing,bagaimana? FB juga boleh jadi agen sulit Zionis untuk mengumpul data secara tidak disedari umat Islam. Maka saya sarankan kepada teman-teman agak jangan terlalu ghairah mendedahkan semua maklumat kedalam akuan FB. Sesungguhnya musuh Islam mempunyai agenda sulit untuk menawan Islam.


Lihatlah pada rokok, berapa ramai umat Islam terseksa kerana rokok? Adakah merokok itu amalan Nabi,Sahabat,Imam-imam besar serta alim ulamak? Tetapi musuh Islam berjaya mencipta satu bahan untuk melemahkan umat Islam secara tidak sedar namun syok sendiri dan lebih pentingkan diri sendiri.


Lihat juga bolasepak (saya pun minat bola juga). Berapa ramai umat Islam diseantero dunia yang sanggup 'qiamullai' dan tahan sujud untuk menyokong pasukan kegemaran. Berapa ramai dikalangan umat Islam itu yang sanggup bersengkang mata untuk solat tahajjud (tapi demi bola boleh pulak tahan sujud=tahan mengantuk!)bermunajat memohon keampunan dan kejayaan umat Islam. Bukankah Yahudi berjaya melalaikan umat Islam dengan permainan ini?


Begitulah liciknya permainan Yahudi, namun umat Islam masih tidak sedar atau memang sedar tetapi buat-buat tidak sedar. Ketika misi keselamatn ke Gaza diserang Yahudi, seluruh dunia mengutuk termasuk umat Islam. Namun hari ini...?


Justeru, fikir-fikirkanlah....





SAMSUL B.A

(Pengerusi EXF6SMKKB 90-91)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Daun Keladi