Bersempena dengan Aidilfitri 2010, sekretariat EXF6SMKKB 1990-91 berhasrat unruk menganjurkan satu perjumpaan buat kali ke-2 dan yang pertama selepas penubuhan EXF6SMKKB 90-91. Pihak sekretariat penganjuran mengharapkan perjumpaan kali ini lebih mendapat penyertaan dari kalangan ahli.
Pun begitu, aidilfitri yang dijangka akan disambut pada 10 dan 11 September 2010 adalah hari akhir cuti sekolah sedikit sebanyak membantut perancangan awal. Tarikh 10 & 11 September ialah Jumaat dan Sabtu yang merupakan hari cuti umum bagi Kelantan,Terengganu dan Kedah. Sebaliknya hari ahad yang merupakan hari kerja bagi negeri berkenaan adalah hari cuti bagi selain negeri tersebut.
Sedikit info : Cuti Sekolah (4-11 Sept bagi Selangor dan yang sewaktu dengannya ; 3-10 sept bagi Kedah,Kelantan & Terengganu)
Justeru saya mencadangkan kepada sekretariat menukar majlis perjumpaan aidilfitri kepada majlis berbuka puasa. Tarikh akan dimaklumkan kemudian oleh pihak sekretariat.
Sekiranya ada sebarang cadangan lain, kami sangat mengalu-alukan.
Sekian dan terima kasih.
SAMSUL B.A
(Pengerusi EXF6SMKKB 90/91)
No comments:
Post a Comment