Selamat Datang..

Selamat Datang Ke Blog Bekas Pelajar Ting.Enam SMK Kuala Besut (Batch Pertama 1990/91). Kami Mengalu-alukan Sebarang Cadangan Daripada Anda

PENGUMUMAN TERKINI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1439H
Maaf Zahir & Batin
Eratkah Silaturrahim

PENAFIAN

PERINGATAN: Pengendali dan ExF6SMKKB90/91 tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Sunday, August 1, 2010

Kelahiran Anak Tak Sah Taraf di Terengganu Membimbangkan

KUALA TERENGGANU: Kes kelahiran anak luar nikah di Terengganu amat membimbangkan, dengan jumlahnya meningkat dari setahun ke setahun.Berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara dari tahun 2005 hingga Jun 2010, jumlah keseluruhan anak luar nikah di Terengganu ialah 2,314 orang.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri Yahya Khatib Mohamad berkata daripada jumlah itu, seramai 230 anak tidak sah taraf dicatat pada tahun 2005 dan jumlah itu meningkat kepada 251 pada 2006, 325 (2007), 549 (2008), 611 (2009) dan 321 dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini.

"Hampir keseluruhan kes anak luar nikah di Terengganu itu membabitkan wanita beragama Islam dan berumur 15 tahun ke atas," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Jendela IKS di sini, Sabtu.

Beliau berkata kerajaan negeri sedang mengambil langkah-langkah tertentu bagi mengatasi masalah kelahiran anak luar nikah di negeri ini, termasuk menganjurkan kempen ke masjid dan program kesedaran bakti remaja.

Yahya berkata kerajaan negeri juga telah mengadakan program 'ingat sebelum kena' yang ditumpukan di 130 sekolah untuk memberi kefahaman dan kesedaran di kalangan pelajar tentang masalah sosial. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Daun Keladi