Selamat Datang..

Selamat Datang Ke Blog Bekas Pelajar Ting.Enam SMK Kuala Besut (Batch Pertama 1990/91). Kami Mengalu-alukan Sebarang Cadangan Daripada Anda

PENGUMUMAN TERKINI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1439H
Maaf Zahir & Batin
Eratkah Silaturrahim

PENAFIAN

PERINGATAN: Pengendali dan ExF6SMKKB90/91 tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Thursday, October 28, 2010

Sumbangan Artikel

Assalamu'alaikum WBT,



Agak lama saya tidak menjengah blog ini. Akhir-akhir ini banyak tugasan yang perlu disiapkan mengikut 'date line'. Kadang-kadang disebabkan keletihan, terlena disofa selepas saja sampai ke rumah. Sementara menunggu anak keluar dari sekolah pun sempat terlelap didalam kereta meskipun 10 minit (amat bermakna).Banyak tugasan penting yang dipertanggungjawabkan. Mungkin inilah satu cubaan yang harus diambil sebagai cabaran! Mungkin juga satu proses pengurusan masa dalam proses tranformasi usia.......semakin dewasa, semakin besar tanggungjawab...




Sayalah yang akan menguruskan sesi lawatan sambil belajar murid tahun 6 Sek Agama Rakyat (KAFA). Terlibat juga dengan pengarahan pentomin sempena Hari Ihtifal KAFA (2 minggu lagi).Untuk lusa perlu menyediakan slide video (Movie). Esok pulak kena jadi MC jamuan. Dan banyak lagi yang perlu saya siapkan sebelum berakhir bulan ini.




InsyaAllah, dengan segala kudrat anugerah Ilahi berikan, dengan akal yang dibekalkanNya saya akan cuba mengemakini blog ini bagi tatapan umum. Buat masa ini, kekangan masa yang menyebabkan blog ini tidak dikemaskinikan.




Pada kesempatan ini diucapkan selamat menyambut hari lahir (maaf tak sempat nak lihat senarainya) dan kepada Cikgu Affandi (Penasihat EXF6SMKKB91) kami mendoakan semoga cergas seperti biasa dan ceria-ceria selalu. Kepada guru-guru serta rakan-rakan juga tidak dilupakan agar semuanya berada dibawah payung rahmat dan keredhaanNya. InsyaAllah.

Kepada rakan-rakan yang mempunyai akaun FACEBOOK pastinya ada emel. Saya memohon agar rakan-rakan boleh menghantar sebarang artikel atau aktiviti ziarah rakan-rakan lain misalnya, bolehlah menghantarkannya kepada pemantau di abea2172@gmail.com.



Semoga artikel-artikel itu membantu menambahkan lagi makluman semasa untuk dikongsi dengan pembaca lain.



Sekian dan harap maklum




Pemantau/exf6smkkb

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Daun Keladi