Saya mendapat pelbagai reaksi dan pandangan berhubung hala tuju EXF6SMKKB90/91 ini.
Untuk makluman, matlamat asal penubuhan ini adalah untuk menghubung dan mengeratkan persaudaraan diantara murid-guru-murid.
Selain itu, EXF6SMKKB 90/91 juga berhasrat bekerjasama dengan pihak pengurusan SMKKB amnya dan Pengurusan Tingkatan Enam khasnya dalam pembangunan akademik tingkatan enam.
PERJALANAN MASIH JAUHNamun, perjalanan yang jauh itu bermula dengan langkah yang pendek. Kini kami menumpukan kepada mengumpul sekurang-kurangnya 30 daripada 60 orang pada setiap kali perjumpaan. Namun sasaran itu masih belum tercapai. Kami hanya mampu mengumpulkan 15 orang sahaja. Bagaimana mungkin kita boleh menjayakan hasrat besar jika keahlian kita masih ditakuk lama?
Selain itu, keterlibatan ahli dengan aktiviti yang dianjurkan amat lemah. Seolah-olah tidak tahu apa yang perlu atau akan dilakukan. Sememangnya kerja sebigini menuntut kepada pengorbanan. Lalu, apakah kita mengharapkan kepada mereka yang tertentu saja untuk menjayakan sesuatu program?
SUMBANGAN IDEA
Ramai dikalangan kita yang ada akaun Facebook. Justeru makluman juga telah disampaikan menerusi FB untuk kita sama-sama kongsi pandangan. Kami mengharapkan sumbangan idea dan maklum balas kearah bagaimanakah usaha yang perlu dilakukan bagi memantapkan lagi EXF6SMKKB90/91? Namun, maklum balas yang diterima amat mengecewakan....
CABARAN SEMASA
Diawal penubuhan EXF6SMKKB90/91, cukup ramai yang menyokong hasrat ini. Atas sokongan padulah ia wujud sehingga kini. Namun dengan adanya FB, kewujudan blog ini bagai sedikit tersisih. Namun, masih ada yang sudi dan masih setia mengunjunginya. Diawal penubuhannya juga ada pandangan yang menyatakan kenapa perlu dibuat secara bersistematik @ formal? Kenapa tidak buat macam biasa? Jawapannya, untuk memudahkan EXF6SMKKB bergerak pada masa hadapan. Antara formal dan tidak formal tiada beza. Dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Kalau selalu berdalih, buat macam mana pun tetap ada alasan. Hendak seribu daya, tidak hendak seribu alasan.
RANCANGAN 2011
Memandangkan raya puasa 2011 jatuh pada 30 dan 31 Ogos 2011 (Selasa dan Rabu), maka bolehlah ahli semua merancang program untu
k perjumpaan kali ke 3 EXF6SMKKB. Daripada maklum balas yang diterima, antara cadangan yang disebut adalah KEM SRI KELUANG. Antara cadangan itu ialah Program 2H 1M. Mereka yang berminat perlu membuat pembayaran tunai (pendaftaran) sebulan awal daripada tarikh tersebut. Peserta dan keluarga akan check-in pada petang raya kedua dan check-out pada raya ketiga. Antara pengisian malam tersebut ialah solat Marghib dan Isyak berjamaah kemudian disusuli dengan BBQ. Maklumat lengkap akan dimklumkan dua minggu sebelum tarikh.

Justeru, sekali lagi pihak kami membuka cadangan ini ini untuk dibincangkan.
Sekian dan wassalam.
Pemantau..
No comments:
Post a Comment