Selamat Datang..

Selamat Datang Ke Blog Bekas Pelajar Ting.Enam SMK Kuala Besut (Batch Pertama 1990/91). Kami Mengalu-alukan Sebarang Cadangan Daripada Anda

PENGUMUMAN TERKINI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1439H
Maaf Zahir & Batin
Eratkah Silaturrahim

PENAFIAN

PERINGATAN: Pengendali dan ExF6SMKKB90/91 tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Sunday, November 14, 2010

UPSR,TAHNIAH

Assalamu'alaikum,



Tahniah diucapkan kepada rakan-rakan EXF6SMKKB 90/91 yang meraikan kejayaan anak-anak dalam peperiksaan UPSR 2010. Antaranya adalah anak-anak kepada Mahadi, Zaleha S, Zuki Noh, Noraini JK dan Roshasniza.(Sekadar menyebut beberapa nama).


Tahniah diatas pencapaian tersebut. Semoga menjadi peransang kepada mereka yang lain dan pemangkin kepada pencapaian akademik yang seterusnya. Sesungguhnya kejayaan itu memberikan kelegaan diatas pengorbanan ibubapa dan juga guru. Terasa berbaloi diatas usaha yang dilakukan. Ia juga memberikan inspirasi untuk meneruskan perjuangan dalam mendidik anak-anak/murid-murid pada masa akan datang.


Kepada anak-anak yang belum memperolehi kejayaan hari ini, usah merasa rendah diri. Peluang masih ada selagi masih ada denyutan semangat ingin meraih kejayaan. Dengan semangat juang yang membara serta diiringi dengan usaha yang berterusan, insyaAllah semua itu akan menjadi kenyataan.


Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan ia (kaum) sendiri yang merubahnya. Ini bermakna, jika kita ingin melihat perubahan nasih/kehidupan maka kita perlu merubahnya dan bukannya berserah semata-mata kepada takdir tanpa berusaha untuk merubahnya.


Kepada anak-anak yang berjaya pada hari ini, usah bangga diri. Jadikan kejayaan ini sebagai landasan untuk terus menempa kejayaan. Jadilah rasmi padi; semakin berisi,semakin tunduk dan bukannya resmi lalang yang terus tegak mendongak langit;lupa asal usul.


Kepada ibubapa yang anak-anaknya gagal meraih kejayaan hari ini, usah gundah. Jangan berputus asa. Sesungguhnya setiap sesuatu itu adalah ditentukan Ilahi. Teruskan beri sokongan dan dorongan kepada anak-anak untuk lebih berjaya pada masa hadapan. Nasihat serta sokongan berterusan pasti membuahkan hasil yang baik.


Kepada ibubapa yang anak-anaknya menjadi kebanggaan sekolah dan ibubapa pada hari ini, pastinya ada respi yang boleh dikongsikan bersama untuk sama-sama memartabatkan pendidikan anak-anak kita memacu kecemerlangan tidak sahaja dalam akademik malahan juga dalam agama agar menjadi terbilang dimata dunia.


Tahniah sekali lagi diucapkan diatas kejayaan yang dimiliki.


Wassalam,



SAMSUL B.A

(Pengerusi Exf6smkkb 90/91)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Daun Keladi