KEPONG, 5 Sept,2011.- Bertempat di Dewan AsSyafie, SMK Kuala Besut, sekali lagi ExF6SMKKB 90/91 telah mengadakan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Bekas Guru dan Pelajar Tingkatan Enam SMK Kuala Besut. Bagi ExF6SMKKB 90/91 majlis seumpama ini merupakan kali ketiga dianjurkan dan pertama kali membabitkan semua bekas pelajar tingkatan enam.
Majlis yang dirancang itu sepatutnya bermula 9.30 pagi telah tertanggung selama 1jam 30 minit disebabkan kelewatan rakan-rakan dalam menepati masa. Disebabkan kelewatan memulakan majlis, beberapa aturcara yang dirancang telah dibatalkan kerana kesuntukan masa.
Diawal pembukaan bicara, pengerusi ExF6SMKKB 90/91 melahirkan rasa kecewa dan mengharapkan pada penganjuran akan datang kelewatan tidak akan berlaku lagi. Beliau merasa malu kepada Mantan Pengetua,Tn.Hj Mahmood yang hadir tepat pada waktunya. Begitu juga kepada penasihat ExF6SMKKB 90/91 yang telah bersusah payah bersama-sama menjayakan majlis ini - sepatutnya anak murid menunggu guru tetapi sebaliknya. Diharapkan para guru sudi hadir untuk sama-sama memeriahkan majlis pertemuan. Kami faham akan kesibukan masing-masing,namun tidak mungkin kita tiada sedikit ruang untuk bertemu sekali setahun untuk tempoh 2-3 jam sahaja. Tahniah kepada bekas guru yang pernah hadir. Kami hargai anda!
Pun begitu, tahniah dan syabas kepada rakan-rakan yang telah sudi hadir meskipun masing-masing ada tanggungjawab tersendiri ditengah-tengah kemeriahan aidilfitri. Diharapkan diperjumpaan akan datang, penyertaannya akan bertambah ramai lagi. Berbanding dua pertemuan sebelum ini, sambutan pada pertemuan ini amat merosot. Jika sebelum ini 15 orang hadir, kali ini cuma 10 orang berbanding 13 orang pelajar junior. Suatu pencapaian yang amat mengecewakan.
Doa dan harapan akan berlaku penambahbaikan dan idea-idea baru dan sebagainya amat-amat dialu-alukan. Sebarang kesilapan,kekurangan yang ada, mohon jutaan kemaafan.
Maj. Ramah Mesra Aidilfitri 2011
...Antara Yang Sempat Dirakam......
Bergambar untuk kenangan...
Dari Kanan : Ct Norhaizan, Zaleha M, Kamil,Din,Yusof, CF, SBA dan Nora Ainin JK.
Cenderahati untuk Penasihat EXF6SMKKB 90/91
Antara yang bertuah menerima hadiah cabutan no.bertuah (Norazida 91/92)
Ini pun bertuah juga...junior
Dah kenyang ke? tambah le lagi...
No comments:
Post a Comment