K.BESUT,18 Jan 2012: Pengerusi ExF6SMKKB 91 telah melakukan lawatan singkat ke SMK Kuala Besut semasa dalam lawatan kerja beliau di Tok Bali,Kelantan. Pertemuan dengan Guru Penyelaras Tingkatan Enam SMKKB yang berlangsung selama sejam di Bilik Kaunseling turut dihadiri oleh Nor Ainin Jamal Khan. Didalam pertemuan itu, pengerusi telah menyatakan objektif penubuhan ExF6SMKKB 91, sasaran dan melahirkan hasrat untuk bekerjasama dengan pelajar tingkatan enam khususnya dan SMKKB amnya.
Hasil pertemuan singkat itu, dua projek telah dibincangkan untuk dilaksanakan pada tahun 2012 ini, melibatkan pihak ExF6SMKKB-SMKKB- dan beberapa agensi lain. InsyaAllah projek pertama ialah Lawatan Sambil Belajar Bermaklumat Pelajar Tingkatan Enam SMKKB ke Stesen Penyelidikan FRIM Setiu, Penarik yang dijangkakan bakal berlangsung mulai 16-18 Februari 2012. Bagaimanapun, program itu masih dalam proses kelulusan daripada pihak SPF Setiu....Diharapkan mendapat kelulusan.
Program kedua yang dicadangkan dan masih dalam peringkat perbincangan ialah projek penghijauan bumi. Memandangkan program ini melibatkan kumpulan Pembantu Penyelidik dari Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), maka satu kertas kerja akan dilakukan. Program ini dijangkakan bakal terlaksana pada bulan Mei 2012 tertakluk pada persetujuan pihak-pihak yang akan dijemput menyertai sama program tersebut.
Pada sebelah malamnya, pengerusi menghadiri majlis makan malam di Warung Ikan Bakar, Pachakan yang turut disertai Penasihat ExF6SMKKB, Tuan Haji Affandi, Nor Ainin Jamal Khan dan Nik Kamila. Beberapa AJK lain yang dijemput datang tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Pada kesempatan itu, pengerusi telah mengadakan perbincangan lanjut berhubung program yang telah dibincangkan di SMKKB petang tadi dengan lebih lanjut. Perbincangan yang berlangsung selama hampir dua jam itu berakhir pada pukul 11.00 malam.
Semoga tahun 2012 membawa sinar baru kepada ExF6SMKKB khususnya.......
No comments:
Post a Comment