Hari ini baru PEMANTAU berkesempatan untuk membuka laptop bagi mencoretkan sesuatu yang telah sekian lama tidak berkesempatan dek kerana sibuk dengan tugasan.
Syukur kepada Allah SWT atas anugerah nikmat dan hidayah semingga kita masih lagi mampu menyedut udaraNya, menikmati pelbagai nikmat makanan yang melata. Dipanjangkan usia untuk beramal ibadat. Dimurahkan rezeki dan dirahmatiNya sentiasa.
Tahniah Hajah Zailani
Selamat kembali ke tanah air PEMANTAU ucapkan kepada Hajah Zailani Ismail yang telah diberi peluang Allah SWT menziarahi Rumah Allah bagi menjalani rukun Islam kelima tahun lepas. Tahniah..semoga selepas ini giliran kami pula menjejak kaki dan dapat melaksanakan ibadah haji itu....impian setiap insan,semoga Allah permudahkan urusan kita untuk turut sama bergelar Haji dan Hajah.
Sesi Persekolahan Kembali Sibuk
Kepada yang bergelar guru, kini (setelah sebulan bercuti) telah kembali sibuk memikul tanggungjawab mendidik anak bangsa. Pelbagai kerenah murid bakal ditempuhi. Semoga terus tabah dan cekal serta dapat melaksanakan tugasan dengan penuh dedikasi, sabar dan tekun tanpa rasa jemu dan cemuh. Semoga segala pengorbanan itu mendapat keredhaan Allah dan diberkati selalu.....Guru, tugas yang mulia....
Waktu ini juga tidak kurang ibubapa juga sibuk menguruskan persekolahan anak-anak. Bagi yang baru pertama kali menghantar anak ke tabika atau darjah satu pastinya ada pelbagai cerita menarik gelagat anak-anak yang baru pertama kali melangkah ke alam persekolahan. Ada yang tak nak masuk kelas, ada yang menangis dan macam-macam lagi gelagat mereka yang menghiburkan. Tidak kurang juga ada ibubapa yang terpaksa menunggu anak hingga ke waktu rehat....Walau apapun, sabarlah.....Bagi ibubapa yang baru pertama kali menghantar anak ke tingkatan satu pastinya seronok dan tidaklah secerewet anak di darjah satu...Yang pasti banyak belanja yang dibelanjakan untuk urusan persekolahan anak-anak..Namun itulah pengorbanan yang pernah dilalui oleh ibubapa kita dulu. Kini giliran kita pula.Inilah kitaran hidup yang perlu dilalui...
Persediaan Ulangtahun ke-2 ExF6SMKKB
Akhir sekali PEMANTAU ingin menarik perhatian semua bagi persiapan menghadapi ulang tahun ke-2 ExF6SMKKB pada Mac ini. Apakah kita telah bersedia untuk mengadakan Mesyuarat Agung DwiTahunan pada tarikh tersebut? Sebenarnya, banyak perkara yang berlegar dikepala PEMANTAU sepanjang mengikuti perkembangan ExF6SMKKB ini, pelabagai pahit maung yang telah dihadapi. Ia suatu perjalanan yang bukan mudah. Kemampuannya bertahan selama 3 tahun (2 tahun secara rasmi dan 1 tahun secara ad-hoc) dipersada ini bolehlah dibanggakan meskipun sekadar mampu meraih 2% daripada objekifnya. Mengapa ia masih belum mampu menarik penyertaan yang membanggakan untuk tempoh tersebut? Apakah ia kurang publisiti?
Setiap kali perjumpaan diadakan, Pengerusi ExF6SMKKB tidak pernah jemu untuk mengajak semua teman-teman untuk sama-sama bergerak dan membina ExF6SMKKB selari dengan hasrat dan objektifnya. Tanpa sokongan teman-teman nescaya ia tidak kemana-mana....Sepatutnya, kita perlu menyahut seruan Pengerusi untuk kita berfikir diluar kotak. Telah tiba masanya untuk kita duduk semeja membincangkan sesuatu yang mungkin boleh disumbangkan kepada pihak sekolah khususnya adik-adik Tingkatan Enam. Tidak saja membuat perjumpaan di SMKB namun tanpa kita memberikan sedikit sumbangan untuk pembangunan akademik dan mengangkat SMKB dipersada akademik peringkat Besut sekurang-kurangnya....Dan inilah antara objektif penubuhan ExF6SMKKB yang dicetuskan oleh Pengerusi 3 tahun lalu...
Apakah kerana Pengerusi yang cetuskan idea itu, maka teman-temannya membiarkan ia bersendirian sebegitu sahaja? Sepatutnya, kita bersama-sama membina semangat kekitaan sepertimana yang pernah dibina semasa sama-sama menghidu bau asap kilang baja dari Teluk Budu 20 tahun dulu.....Ketika itu kita adalah kita dan semangat itu seharusnya dibina kembali meskipun kini kita berada dipentas yang berbeza...
PEMANTAU sekadar memerhati dan menunggu detik MAC 2012, apakah ExF6SMKB bakal membuka lembaran baru atau suram dalam terang? Hanya ahli ExF6SMKKB yang boleh menentukkan hala tujunya...sama-sama kita tunggu detik itu................
Wassalam....
No comments:
Post a Comment