Selamat Datang..

Selamat Datang Ke Blog Bekas Pelajar Ting.Enam SMK Kuala Besut (Batch Pertama 1990/91). Kami Mengalu-alukan Sebarang Cadangan Daripada Anda

PENGUMUMAN TERKINI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1439H
Maaf Zahir & Batin
Eratkah Silaturrahim

PENAFIAN

PERINGATAN: Pengendali dan ExF6SMKKB90/91 tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Monday, February 6, 2012

Belajar Cara Belajar

K.BESUT,6 Feb.2012 - ExF6SMKKB buat pertama kalinya telah mengadakan kerjasama erat dengan SMKKB khususnya Tingkatan Enam dalam merangka program kemahiran belajar untuk para pelajar Tingkatan Enam khususnya. Program yang dikenali Belajar Cara Belajar ini bakal berlangsung pada 16-18 Mac 2012 di Stesen Penyelidikan FRIM Setiu, Penarik,Setiu. Ia akan melibatkan pelajar seramai 60 orang.


Program ini merupakan langkah awal ExF6SMKKB dalam usaha merealisasikan objektif penubuhannya yang merupakan sebahagian daripada visi dan misinya sejak penubuhannya 3 tahun lalu. Pada peringkat awal penubuhannya (2009), hanya melibatkan pertemuan dan ziarah dikalangan bekas pelajar Tingkatan Enam sesi 1990/91. Tahun kedua (2010), ia melebarkan sayapnya dengan mengadakan perjumpaan Bekas Pelajar dan Guru Tingkatan Enam 1990/91 yang berlangsung di One Hotel, Jerteh dan pada tahun lepas (2011) ExF6SMKKB telah sekali lagi mengadakan perjumpaan seumpama itu kearah merapatkan lagi silaturrahim dikalangan ahlinya. Pada pertemuan kali ini ia dibuka kepada pelajar junior. Meskipun penyertaannya kurang daripada sasaran sebenar, namun penggerak ExF6SMKKB tidak pernah berputus asa dalam menjalankan program yang berbentuk silaturrahim dan akademik.


Lahir daripada rasa tanggungjawab "Sekali kita menjadi pelajar di sekolah tersebut, selama-lamanya kita bersama" maka tercetuslah idea untuk mengadakan program tersebut dalam kunjungan bermaklumat Pengersi ke SMK K.Besut pada 18 Januari 2012 lalu. Pertemuan sejam dengan Guru Penyelaras Tingkatan Enam yang berlangsung di Bilik Kaunseling itu turut disertai oleh Setiausaha ExF6SMKKB. Perbincangan tidak terhenti disitu sebaliknya pertemuan dan perbincangan lanjut seterusnya telah diadakan di Restoran Ikan Bakar, Pachakan pada sebelah malamnya. Antara yang turut hadir selain Penasihat ExF6SMKKB, Tuan Hj.Affandi Abd.Rahman ialah Nik Kamila (Bendahari). Beberapa AJK lain turut dijemput hadir sama. Perbincangan itu berlangsung selama hampir 2 jam.


Pada 2 Feb.2012, rombongan ExF6SMKKB dan seorang wakil guru Tingkatan Enam telah membuat lawatan ke SPF Setiu bagi melihat sendiri kemudahan dan keperluan yang perlu disediakan sebelum bengkel sebenar berlangsung. Rombongan tersebut telah disambut dan diberikan taklimat oleh Pengurus Stesen sebelum dibawa meninjau lokasi yang dipilih untuk mengadakan bengkel tersebut. Mereka telah menghabiskan sejam setengah di SPF Setiu dan berpuashati dengan kemudahan yang SPF Setiu sediakan. Rombongan itu turut menikmati makan tengahari di Rhu Sepuloh sebelum bertolak balik.


Semoga program yang telah dirancang ini akan berjalan dengan lancar dan mencapai objektifnya. InsyaAllah....

2 comments:

  1. Salam, saudara ada x maklumat tentang sejarah penubuhan SMKKB?mengenai berapa jumlah bangunan asal,jumlah guru dan pelajar pada tahun penubuhannya?

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah kami akan cuba dapatkan maklumat tersebut. Maaf lambat reply sbb admin ada masalah teknikal untuk akses blog.

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi