Selamat Datang..

Selamat Datang Ke Blog Bekas Pelajar Ting.Enam SMK Kuala Besut (Batch Pertama 1990/91). Kami Mengalu-alukan Sebarang Cadangan Daripada Anda

PENGUMUMAN TERKINI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1439H
Maaf Zahir & Batin
Eratkah Silaturrahim

PENAFIAN

PERINGATAN: Pengendali dan ExF6SMKKB90/91 tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Thursday, February 14, 2013

Salam Ukhuwah 2013

Assalamu'alaikum. Buat rakan-rakan dan para guru, PEMANTAU merakamkan jutaan terima kasih diatas ingatan dan sokongan kepada kumpulan ExF6SMKKB90/91 yang tidak terhingga.Dalam kesibukan rakan-rakan melayarai bahtera kehidupan, dalam kesibukan para guru berjuang dimedan ilmu, namun masih sudi menjenguk dan bertanya khabar tentang kami.

Syukur kepada Allah, atas hidayatNya maka dapat lagi kita bertemu diruang maya ini meskipun dalam suasana yang pelbagai. Pelbagai ujian telah kita hadapi sepanjang kedewasaan ExF6SMKKB90/91 ini. Halangan dan dugaan itu mematangkan kita untuk terus melangkah dan melangkah.

Sesungguhnya semua gerak kerja ini tidak akan membuahkan hasil tanpa gembeling tenaga dan idea daripada semua (kita). Justeru, dengan kehadiran 2013 ini marilah kita rapatkan saf, kita eratkan ukhuwah diantara kita. Dengan siri-siri perjumpaan kita sebelum ini sekurang-kurangnya kita telah menjalinkan kembali hubungan yang sekian lama terputus kerana kehidupan masing-masing. Lantaran itu, marilah sekali lagi kita mengulangi kembali detik indah sewaktu kita pertama kali jejak kaki ke SMKKB pada 1990/91 untuk kita kenangi kembali detik indah itu buat kesekian kalinya. Ia pastinya tidak tergambar keindahan kenangan yang tersemat dimemori itu.

Semalam adalah sebuah sejarah. Hari ini adalah kenyataan yang pasti dan esok adalah sebuah pengharapan. Ayuh, jadikanlah 2013 ini tahun yang cukup bermakna buat kita dalam memacu ExF6SMKKB90/91 ke landasannya.

Atas sokongan semua, PEMANTAU sekali lagi mengalu-alukan sebarang idea untuk kita merancang satu program bersama pelajar Tingkatan Enam SMKB. Jangan risau untuk lontarkan pandangan, kami mengharapkan rakan-rakan untuk kemukakan idea aktiviti dan tidak bermakna anda yang akan melakukannya (jika berminat untuk sertai,kami alu-alukan). Kami amat memerlukan idea anda untuk kami jayakan program motivasi!

Atas keprihatinan rakan-rakan semua, sekali lagi PEMANTAU ucapkan terima kasih dan ayuh bersama-sama kita gembelingkan tenaga dan idea untuk ExF6SMKKB90/91 terus berjaya dan mendapat sokongan sentiasa serta dipermudahkan segala usaha. InsyaAllah.

PEMANTAU

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Daun Keladi