Selamat Datang..

Selamat Datang Ke Blog Bekas Pelajar Ting.Enam SMK Kuala Besut (Batch Pertama 1990/91). Kami Mengalu-alukan Sebarang Cadangan Daripada Anda

PENGUMUMAN TERKINI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1439H
Maaf Zahir & Batin
Eratkah Silaturrahim

PENAFIAN

PERINGATAN: Pengendali dan ExF6SMKKB90/91 tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tuesday, August 20, 2013

Salam EidulFitri

Meskipun hari ini telah dua minggu kita meraikan Eidulfitri, namun masih belum terlambat untuk Pemantau mengucapkannya kepada anda. Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik berbanding tahun lepas. Pastinya ramadhan tahun ini dirindui kerana kita belum tentu bertemu lagi dengannya pada tahun depan.

Pemantau juga mengharapkan agar semua warga bekas pelajar dan guru SMKB 90/1 (ExF6SMKKB) tiada yang mengalami sebarang musibah.Saban tahun, bila menjelangnya Ramadhan kita akan kedengaran makluman berita kehilangan/kecederaan anggota badan kerana letupan mercun dan bom buatan sendiri. Mengapa perkara ini harus terjadi dikalangan kita umat Islam? Sepatutnya kita berfikiran jauh kedepan dalam memastikan semua umat Islam berada dalam keadaan selamat sebagaimana yang diperintahkan Allah SWT dalam Al-Quran yang kita baca. Atau mungkin kerana kita tidak faham maksud, maka kita tidak endahkan semua larangan Tuhan.Padahnya, kita sebagai Umat Islam yang melahirkan insan yang cacat anggota.

Berapa ramai dikalangan kita yang mendengar bangsa lain kudung tangan,kaki,cedera perut,muka atau menemui ajal setiap kali mereka menyambut perayaan mereka? Dimana silapnya kita Umat Islam dalam hal-hal meraikan hari Raya? Ajaran/fahaman manakah yang menjadi ikutan kita dalam hal ini?

Kecederaan satu bab, mengganggu jiran tetangga dengan dentuman mercun itu bagaimana? Bukankah kita telah diajar oleh Islam untuk menjaga hak-hak jiran? Mereka pandai menjawab:"Kami main mercun dilaman rumah kami, mana ada ganggu awak".. Benar, anda bermain mercun dilaman rumah sendiri, tetapi letupan itu melangkaui sempadan laman rumah anda sehingga mengganggu orang-orang tua yang uzur, anak-anak kecil,ketenangan dan sebagainya yang menjadi hak jiran.

Ketika ini kita seronok,namun bayangkan waktu kita memerlukan ketenangan (kerana keuzuran) tiba-tiba ketenagan itu dirampas dengan letupan mercun bagai letupan mesingan atau bom di medan perang? Ketika itu, apa perasaan kita? Marah? Geram?Bagaiamana kalau jiran kita jawap sebagaimana kita jawab dulu (ketika kita galak main mercun)"Kami main mercun dilaman rumah kami, mana ada ganggu awak"Pasti bengang dan penuh maki hamun.........Dan kenapa kita tidak fikirkan hal itu sekarang?

Justeru, Pemantau mengajak semua warga ExF6SMKKB untuk memastikan anak-anak serta ahli keluarga tidak bermain mercun diRamadhan tahun depan. Marilah kita pupuk anak generasi kita dengan pengajaran ilmu Islam daripada melakukan perbuatan lagha dan membazir tersebut. InsyaAllah, kita mewariskan satu legasi ummah yang baik serta beriman.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Daun Keladi