Selamat Datang..

Selamat Datang Ke Blog Bekas Pelajar Ting.Enam SMK Kuala Besut (Batch Pertama 1990/91). Kami Mengalu-alukan Sebarang Cadangan Daripada Anda

PENGUMUMAN TERKINI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1439H
Maaf Zahir & Batin
Eratkah Silaturrahim

PENAFIAN

PERINGATAN: Pengendali dan ExF6SMKKB90/91 tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Monday, October 14, 2013

Selamat Menyambut Eidul Adha

Sidang EXF6SMKKB 90/91 mengucapkan Selamat Menyambut Eidul Adha kepada seluruh warganya. Sesungguhnya ibadat korban yang dilakukan itu mempunyai maksud tersendiri yang perlu dihayati bukannya saban tahun menyertai upacara korban semata-mata. Pastinya ibadat korban ini sinonim dengan peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim A.S. ke atas anaknya Nabi Ismail A.S. Namun berapa ramai dikalangan kita yang memamahi falsafah pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim A.S? Setiap tahun kita sertai majlis korban samada di rumah atau di masjid, namun ramai yang tidak memahami falsafah tersebut. Perkara tersebut hanya sunat, namun ia juga boleh menjadi haram. Hari ini, pemantau tidak ingin membicarakan soal falsafah namun ingin berkongsikan hukum memberi upah kepada penyembelih dan tukang lapah. Dalam ibadat korban adalah HARAM kita memberikan upah kepada penyembelih dan tukang lapah dengan daging qurban yang disembelih itu walaupun dengan seurat bulu binatang sembelihan tersebut. Saidina Ali r.a berkata, "Nabi SAW pernah menyuruh aku melakukan korban seekor unta milik baginda kemudian sedekahkan daging, kulit dan apa saja daripada unta tersebut serta aku juga tidak memberikan apa pun kepada tukang sembelih tersebut. Dia berkata:Kami memberinya dengan harta kami sendiri."(H.R. Muslim) Adakah sah korban itu? Ibadat itu sah tetapi perbuatan memberikan upah itu yang HARAM. Jadi macam mana nak upah mereka? Beri dengan duit. Kita juga boleh berikan dengan daging kepada mereka sedikit daripada bahagian kita sebagai sedekah atau hadiah sebagaimana yang kita berikan kepada orang lain, asalkan bukan niat upah. Bagi sesiapa yang telah mengambil upah sebelum ini, WAJIB dia bertaubat dan WAJIB ganti balik dengan jumlah daging yang ia telah ambil sebagai upah. Sebab itu kita kena pelajari ilmu agama. Jangan belajar ilmu dunai sahaja. Ibadat korban itu sunat, tetapi bila hendak melakukan ibadat korban, belajar hukum mengenainya itu adalah WAJIB.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Daun Keladi