Selamat Datang..

Selamat Datang Ke Blog Bekas Pelajar Ting.Enam SMK Kuala Besut (Batch Pertama 1990/91). Kami Mengalu-alukan Sebarang Cadangan Daripada Anda

PENGUMUMAN TERKINI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1439H
Maaf Zahir & Batin
Eratkah Silaturrahim

PENAFIAN

PERINGATAN: Pengendali dan ExF6SMKKB90/91 tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Wednesday, April 27, 2016

2016 Tahun Cabaran

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT atas kurniaan nikmatnya dapat sekali lagi Pemantau bersembang diruang maya ini setelah sekian lama menghadapi masalah untuk mengakses blog ini.

Seperti yang kita semua sedia maklum, tahun-tahun sebelum ini tidak sehebat cabaran tahun 2016. Krisis kewangan sedikit sebanyak menggusarkan kita dan diharapkan kadar ekonomi kita kembali kukuh. Belum pun reda dengan isu ekonomi, kita diuji pula dengan elnino sehingga diberitakan di Chuping, Perlis suhunya mencecah 39 darjah celcius, banyak empangan yang mengalami penyusutan air takungan. Dalam pada itu, kita dapati juga kes-kes pelajar dipatuk ular kerana reptilia ini cuba mencari perlindungan dikawasan teduh dan sejuk. Isu politik tidak kurang hebat mewarnai kalendar 2016 ini. Namun biarlah ahli politik yang menguruskannya.

Apa yang perlu kita muhasabah diri ialah dunia mulai bersuara namun suaranya itu tidak kedengaran oleh telinga manusia. Semua bencana yang berlaku ini adalah kesan kerakusan manusia terhadap mengingkari perintah Sang Pencipta. Manusia mulai rakus untuk menjarah bumi dan tamak haloba dengan anugerah yang diberikan. Ingatan demi ingatan Sang Pencipta hantar bagai tidak diendahkan.

Maka marilah kita sama-sama muhasabah diri, nilai diri dan kembali kepada tuntutan dan kehendak Sang Pencipta.

PEMANTAU


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Daun Keladi