Selamat Datang..

Selamat Datang Ke Blog Bekas Pelajar Ting.Enam SMK Kuala Besut (Batch Pertama 1990/91). Kami Mengalu-alukan Sebarang Cadangan Daripada Anda

PENGUMUMAN TERKINI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1439H
Maaf Zahir & Batin
Eratkah Silaturrahim

PENAFIAN

PERINGATAN: Pengendali dan ExF6SMKKB90/91 tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Thursday, April 28, 2016

Perlanggaran Bot -Pemandu bot maut

Besut: Pulau Perhentian- Seorang pemandu bot maut selepas kenderaan yang dipandunya bertembung dengan bot lain di Pulau Perhentian di Besut malam tadi.
Dalam insiden pukul 11.30 malam itu, mangsa Rawi Ibrahim, 40, terbunuh manakala lima lagi mangsa termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun empat bulan terselamat.
Ketua Polis Daerah Besut Supt Mohd Zamri Mohd Rowi berkata ketika kejadian, bot yang dinaiki pasangan suami isteri bersama anak mereka itu serta seorang lagi penumpang dan pemandu bot, Mohd Nazmi Daud, 27, dalam perjalanan pulang dari Long Beach menuju ke kampung nelayan.
Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan bot yang dinaiki mereka bertembung dengan bot yang dipandu Rawi, yang datang dari arah Pulau Perhentian Besar menuju ke Long Beach.
"Ketika kejadian, bot yang dinaiki lima mangsa itu dalam perjalanan menuju ke kampung nelayan untuk menghantar penumpang selepas selesai menikmati makan malam di Long Beach.
"Susulan pelanggaran itu kesemua mangsa tercampak ke dalam laut manakala Rawi hilang.
"Insiden itu juga telah menyebabkan seorang penumpang, Abdul Mohaimin Zamzuri mengalami kecederaan kecil pada tapak tangan manakala mangsa lain tidak cedera," katanya ketika dihubungi hari ini.
Mohd Zamri berkata gerakan mencari serta menyelamat mangsa yang berasal dari Kampung Raja, Besut itu disertai Pasukan Gerakan Marin Wilayah Tiga dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Mayat mangsa ditemui pukul 10.25 pagi tadi oleh pasukan penyelamat kira-kira 50 meter dari Long Beach, katanya.
Menurut Mohd Zamri, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Besut untuk dibedah siasat manakala mangsa yang cedera menerima rawatan di hospital yang sama.
- Bernama
PEMANTAU

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Daun Keladi