Selamat Datang..

Selamat Datang Ke Blog Bekas Pelajar Ting.Enam SMK Kuala Besut (Batch Pertama 1990/91). Kami Mengalu-alukan Sebarang Cadangan Daripada Anda

PENGUMUMAN TERKINI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1439H
Maaf Zahir & Batin
Eratkah Silaturrahim

PENAFIAN

PERINGATAN: Pengendali dan ExF6SMKKB90/91 tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Thursday, April 28, 2016

Sudahkah anda,anak dan isteri qada puasa?

Ramadhan tidak lama lagi. Macam mana dengan puasa tahun lepas? puasa penuh sebulan? Jika adik-adik menghadapi keuzuran untuk berpuasa pada Ramadhan lalu, maka diwajipkan untuk adik-adik untuk menqadha (ganti) puasa. Sekiranya adik-adik gagal mengqada puasa tersebut sehingga tiba Ramadhan kali ini maka adik-adik dikenakan 'denda' disebabkan kegagalan menqada puasa tersebut.

Jadi dalam kesempatan ruang Syaaban yang masih tinggal beberapa hari lagi ini, eloklah disegerakan ganti puasa tersebut. Jadi, dikesempatan ini ustaz ingin berkongsi kepada adik-adik semua berkaitan dengan 'denda' puasa yang ustaz sebutkan tadi.
Orang yang meninggalkan puasa dengan sebab apa pun, dia diberi kelapangan masa untuk mengqada' puasanya itu, asalkan tidak lewat sehingga masuk bulan Ramadan yang berikutnya.Seandainya masih belum mengqada puasanya lagi dan masuk bulan Ramadan yang berikutnya, maka dia dikenakan fidyah sebanyak satu cupak bagi setiap hari yang ditinggalkannya serta qada'nya sekali. Allah berfirman yang bermaksud:

" Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu): memberi makan seorang miskin". 

HUKUM-HUKUM KERANA MENINGGALKAN PUASA

Hukum-hukum kerana meninggalkan puasa terbahagi empat( 4 ) :
1. Wajib Qadak .
2. Wajib Qadak dan Membayar Fidyah .
3. Tidak Wajib Qadak.
4. Tidak Wajib Qadak tetapi Wajib Membayar Fidyah.
1. Wajib Qadak dikenakan ke atas orang yang meninggalkan puasa kerana
  • Kedatangan haid dan nifas .
  • Sakit yang membahayakan .
  • Tersangat lapar dan dahaga .
  • Dalam perjalanan .
  • Pitam.
  • Mabuk.
  • Mengandung .Menyusukan anak -- dan berbuka kerana bimbangkan kesihatan diri masing-masing.

2. Wajib Qadak dan Membayar Fidyah dikenakan khusus kepada:

  • Orang yang mengandung dan berbuka kerana bimbangkan kesihatan anak masing-masing.
  • Orang yang menyusukan anak dan berbuka kerana bimbangkan kesihatan anak masing-masing .


3. Tidak Wajib Qadak khusus kepada orang yang meninggalkan puasa kerana:

  • Kafir (tidak beragama Islam) .
  • Kanak-kanak .
  • Gila .

4. Tidak Wajib Qadak tetapi Wajib Membayar Fidyah khusus dikenakan ke atas orang
yang meninggalkan puasa kerana:

  • Sakit yang tidak ada harapan sembuhnya .
  • Tua yang tiada kuasa (daya) berpuasa.

TEMPOH QADAK PUASA

Tempoh Qada' puasa bermula pada 2 Syawal hingga 29 Syaaban iaitu tidak termasuk 'hari Syak' iaitu hari yang diharamkan berpuasa dan juga hari-hari lain yang diharamkan berpuasa.
“Jangan kamu semua mendahului Ramadhan dengan puasa sehari atau dua hari, melainkan bagi seorang lelaki yang ia sentiasa dengan berpuasa, maka bolehlah dia berpuasa.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)*Hari syak ialah hari yang ke 30 dalam bulan Syaban. Bulan di dalam Islam samaada 29 atau 30 hari. Telah sahih hadith dari Nabi saw yang melarang kita berpuasa pada hari syak dan sehari atau dua hari sebelum masuknya bulan Ramadhan.

Rujukan:http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=29677

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Daun Keladi