Selamat Datang..

Selamat Datang Ke Blog Bekas Pelajar Ting.Enam SMK Kuala Besut (Batch Pertama 1990/91). Kami Mengalu-alukan Sebarang Cadangan Daripada Anda

PENGUMUMAN TERKINI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1439H
Maaf Zahir & Batin
Eratkah Silaturrahim

PENAFIAN

PERINGATAN: Pengendali dan ExF6SMKKB90/91 tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Monday, May 23, 2016

Baka Kuda Emas Berharga RM8 Billion?

Para pengguna media sosial semalam gempar apabila beberapa pengendali laman Facebook menyebarkan gambar ‘kuda emas’ yang dikatakan sebagai tercantik di dunia.

Mereka antara lainnya mendakwa kuda yang berasal dari Turki itu merupakan baka daripada kuda perang milik Nabi Muhammad SAW.


“Kuda ini berasal dari Turki dikatakan sebagai kuda tercantik di dunia (dan) rekod harga kuda paling mahal di dunia ialah RM8 billion iaitu baka kuda perang milik Rasulullah SAW” memetik kenyataan di status tersebut.

“Suatu ketika, 40 ekor kuda dikuarantin dan diberikan makan tanpa diberi air untuk satu tempoh tertentu untuk tujuan pemilihan baka. Suatu hari 40 ekor kuda ini dibawa ke satu kawasan oasis, di sana Rasulullah melepaskan semua 40 ekor kuda yang dahaga tersebut.


“Sebelum sempat 40 ekor kuda sampai digigi oasis tersebut, lalu Rasulullah saw memanggil kesemua kuda-kuda tersebut dengan isyarat tertentu.


“Dari 40 ekor kuda tersebut, hanya 4 ekor kuda sahaja yang berpaling dan berlari semula kepada Rasulullah SAW tanpa mempedulikan air tersebut, walaupun ia tersangat dahaga.


“Maka 4 ekor kuda inilah yang dipilih oleh Rasulullah SAW sebagai kuda perang Baginda, kerana kuda ini setia yang rela berkorban demi pemiliknya iaitu Rasulullah SAW,” katanya memetik sebagai berkata.

Bagaimanapun tidak dapat memastikan kesahihan dan kebenaran kisah tersebut kerana tidak dinyatakan sumber dari mana kisah tersebut dipetik. Namun hasil carian yang dilakukan mendapati kuda dari baka emas itu memang terkenal antara yang paling cantik dan mahal.


Berikut adalah catatan ringkas mengenai kuda tersebut:
Kuda emas adalah sejenis baka kuda yang berasal dari Turkmenistan yang terkenal kerana pantas, lasak, cerdik, serta unik dengan bulu yang ‘berkilat’ sehingga dikenali dengan jolokan “Kuda Emas”. Kuda ini sesuai dengan keadaan iklim yang melampau, malah dipercayai sebagai antara baka kuda tertua yang masih wujud. Kuda dari baka ini dikatakan semakin pupus.

Sumber: http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30018

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Daun Keladi