Selamat Datang..

Selamat Datang Ke Blog Bekas Pelajar Ting.Enam SMK Kuala Besut (Batch Pertama 1990/91). Kami Mengalu-alukan Sebarang Cadangan Daripada Anda

PENGUMUMAN TERKINI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1439H
Maaf Zahir & Batin
Eratkah Silaturrahim

PENAFIAN

PERINGATAN: Pengendali dan ExF6SMKKB90/91 tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Monday, May 16, 2016

Selamat Hari Guru

Assalamu'alaikum wbt.

Seorang bapa yang menengking,berkasar,bertekak,bertumbuk dengan seorang guru pada hari ini tanpa mereka sedari bahawa diri mereka itu sendiri juga sebenarnya seorang guru (dirumah atau pejabat) dan pernah mendapat ilmu daripada seorang guru. Seorang guru yang tekun mengenalkannya huruf A,B,D, Alif,Ba,Ta..mengajarnya budipekerti mulia dan semua sifat baik seorang insan bila dewasa nanti. Namun semua ilmu serta tunjuk ajar seorang guru itu bagaikan hilang disebalik kemulian, kemewahan dan kesenangan yang mereka miliki hari ini. Namun tanpa melihat kepada lipatan sejarah perjalanan hidupnya terkadang sedikit kesilapan guru bagai satu dosa besar yang membuatkan amarah tidak mampu dibendung lagi terus dihamburkan dengan cercaan dan kejian. Guru juga manusia biasa sama seperti kita. Mereka bukan maksum maka selidiki dulu suatu pertuduhan sebelum membuat keptusan yang boleh memalukan dan menjatuhkan martabat diri. Perkara yang boleh diselesaikan secara baik, perlu diselesaikan dengan penuh muafakat dah hikmah.

Sesungguhnya Allah memberikan kemuliaan kepada manusia dengan iman dan ilmu, maka sangat bertuah dan beruntunglah manusia yang bergelar guru,  ustaz atau muallim yang mengambil tugas penting ini untuk mendidik masyarakat menjadi manusia yang mulia. Guru bagaikan seorang 'nabi' menyuluh kegelapan ummah dengan sinar kebenaran.Gigih berjuang demi mengangkat martabat bangsa dan agama.
"Nescaya Allah mengangkat (darjat) orang yang beriman di antara kamu  dan orang yang diberi ilmu beberapa darjat, dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan”. (al Mujadalah: 11)

Sempena Hari Guru yang disambut serentak di seluruh dunia pada hari ini,  maka saya ingin megambil kesempatan ini untuk mengucapkan "SELAMAT HARI GURU" kepada para guru, ustaz dan muallim yang telah bertungkus lumus mendidik anggota masyarakat untuk keluar dari kepompong kejahilan. Semoga para pendidik terus diberikan kecekalan menghadapi cabaran langit terbuka hari ini, yang menuntut kesabaran dan komitmen yang sangat tinggi.

Selamat Menyambut Hari Guru.

Samsul B.A
Pengerusi ExF6SMKKB90/91

by;Pemantau


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Daun Keladi